24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

5.2 juta rakyat lengkap dos kedua – Dr Adham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah penerima dos kedua suntikan vaksin COVID-19 di negara ini terus meningkat dengan seramai 5.2 juta rakyat Malaysia telah melengkapkan penerimaan dua dos suntikan vaksin berkenaan, di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, seramai 11,222,398 individu telah menerima dos pertama, manakala 5,264,760 individu telah menerima dos kedua.

“Ia turut melibatkan pecahan peratusan dewasa yang menerima dos pertama dengan 47.9 peratus manakala, dos kedua (22.5 peratus).

“Dengan pemberian kedua-dua dos berkenaan, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 dos pertama dan kedua di negara setakat 23 Julai 2021 adalah sebanyak 16,487,158 dos,”katanya menerusi perkongsian di Twitter beliau di sini.

Advertisements

Jelasnya, semalam sahaja, jumlah pemberian vaksin harian COVID-19 kepada penerima adalah sebanyak 462,242 dos.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 301,536 individu menerima dos pertama manakala  160,706 individu menerima dos kedua,”katanya.

Berdasarkan data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), liputan jumlah kumulatif pemberian vaksin COVID-19 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terus meningkat dengan sejumlah 4,579,539 dos pertama, manakala 1,541,128 dos kedua.

Sementara itu, lima negeri mencatatkan penerima dua dos pertama tertinggi iaitu Selangor dengan 128,234 dos diikuti Kuala Lumpur (85,693 dos), Sabah (33,893 dos),Pulau Pinang (30,074 dos) dan Johor (29,981 dos). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan