24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

MR. DOLLAR hulur bantuan, sokong projek Bendera Putih

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – MR. DOLLAR, anak syarikat MR D.I.Y. Group (M) Berhad menggiatkan usaha-usaha kemanusiannya dengan menyokong projek Bendera Putih melalui inisiatif #KibarkanBenderaKamiBantuSegera, bermula hari ini hingga 14 Julai.

Melalui inisiatif tersebut, MR. DOLLAR akan mengagihkan 1,000 pek makanan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan yang tinggal dalam lingkungan 2 kilometer (km) dari mana-mana cawangan MR. DOLLAR di seluruh Semenanjung Malaysia.

Projek Bendera Putih dimulakan oleh warganet yang menyeru orang ramai yang mengalami kesukaran untuk mengibarkan bendera putih sebagai isyarat untuk memohon bantuan.

Pek makanan tersebut terdiri daripada minyak masak, mi segera, teh dan kopi, biskut, krimer manis dan bahan perasa.

Sepanjang tempoh kempen, MR. DOLLAR memperuntukkan 1,000 bungkusan untuk diagihkan setiap hari. Kesemua 42 cawangan MR. DOLLAR akan mengambil bahagian dalam kempen ini.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Andy Chin berkata, beliau juga seorang ketua keluarga jadi amat memahami kesusahan yang dialami rakyat dalam situasi sekarang, terutamanya apabila mereka tidak mampu menyediakan makanan untuk keluarga.

“Melalui #KibarkanBenderaKamiBantuSegera, kami berharap dapat berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat Malaysia menempuh fasa yang mencabar ini.”

Advertisements

“Justeru, kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk turut membantu ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga dalam usaha ini. Apabila kita bersatu, kita akan dapat mewujudkan begitu banyak perbezaan dalam kehidupan masing-masing.

“Sebagai perniagaan yang diasaskan di Malaysia, MR. DOLLAR akan menjejaki golongan yang memerlukan di mana dan apabila mereka memerlukannya,” tambah Chin.

Untuk mengambil bahagian dalam inisiatif ini, keluarga yang memerlukan boleh mengibarkan bendera putih di hadapan rumah mereka, kemudian mengambil gambar dan berkongsi gambar tersebut untuk memohon bantuan melalui WhatsApp di 012-7711079.

Selepas menerima gambar tersebut, kakitangan perkhidmatan pelanggan MR. DOLLAR akan menghubungi penerima untuk mengaturkan penghantaran pek bantaun makanan tersebut.

Ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara juga boleh menghantar permohonan bagi pihak keluarga yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini, layari laman web MR. DOLLAR, www.mrdollar.co, atau laman rasmi media sosial — Facebook dan Instagram @mrdollarmalaysia dan @mrdollar.malaysia atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan MR. DOLLAR di 03-89611338.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan