26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

KPDNHEP komited jaga keperluan pengguna dan peniaga

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius situasi yang dihadapi oleh peniaga dan industri dalam pasaran termasuk industri ayam yang turut terkesan dengan cabaran pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KPDNHEP berkata, susulan situasi itu, pihaknya sentiasa membawa isu kesan penutupan sektor-sektor makanan termasuk industri ayam kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan cadangan supaya aktiviti yang boleh meningkatkan permintaan kepada bekalan ayam dapat dibuka dan juga membenarkan dine-in disegerakan.

“Justeru itu, KPDNHEP turut memandang serius berhubung situasi yang dihadapi oleh industri ayam ini dan usaha berterusan terus dilaksanakan iaitu mengadakan sesi libat urus bersama kementerian, agensi dan industri bagi memastikan mana-mana industri dapat meneruskan operasi perniagaan dengan sebaiknya sepanjang pandemik ini.

“Usaha ini juga adalah untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan sebarang kenaikan harga barangan keperluan utama disebabkan cabaran yang dihadapi oleh industri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPDNHEP berkata demikian susulan laporan media berkenaan kenaikan harga makanan ternakan yang telah memberikan kesan kepada prestasi jualan salah seorang penternak di Kedah.

Menurut KPDNHEP, pihaknya akan sentiasa berperanan dalam mengimbangi aspek kepentingan pengguna dan peniaga.

“Sehubungan dengan itu, kementerian juga mengambil maklum berhubung situasi kenaikan harga makanan ternakan ayam yang membebankan penternak.

“Untuk makluman, tindakan proaktif telah diambil oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dengan mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pemain industri yang terdiri dari pengimport, pengeluar, pembekal makanan ternakan dan penternak bagi mencari solusi terbaik dalam menangani masalah ini,”katanya.

Advertisements

Dalam masa sama, KPDNHEP berkata, pihaknya sentiasa memantau kecukupan bekalan ayam dan memastikan tiada pihak mengambil kesempatan disebabkan kenaikan kos pengeluaran (makanan ternakan ayam) dengan menaikkan harga ayam di pasaran secara tidak munasabah.

“Pemeriksaan dan tindakan dilaksanakan secara harian di setiap rantaian pengedaran bekalan meliputi ladang, pemborong, pengedar dan peruncit,”katanya.

Tambahnya lagi, dengan mengambil kira prestasi Program Vaksinasi Kebangsaan pada masa ini, kementerian yakin lebih banyak sektor yang menyokong permintaan terhadap bekalan ayam akan dapat dibuka tidak lama lagi khususnya di negeri -negeri yang telah berada di di Fasa 2 PPN dan seterusnya.

“Program vaksinasi ini dapat memulihkan semula permintaan bekalan ayam dalam pasaran apabila lebih banyak sektor peruncitan seperti perkhidmatan penyediaan makanan dapat dibuka dan dine-in dibenarkan.

“Kementerian juga mempunyai sebuah Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) yang akan dilaksanakan dan menggalakkan lebih banyak peniaga mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi untuk pekerja masing-masing bagi membolehkan lebih banyak lagi sektor dibuka untuk beroperasi.

“Justeru itu, KPDNHEP menyeru pemain industri termasuk industri ayam agar segera memastikan pekerja masing-masing didaftarkan untuk mendapat vaksinasi pada kadar segera.

“Ini adalah penting untuk mengelakkan pekerja ladang ayam terdedah kepada jangkitan yang membawa kepada penutupan dan menambahkan lagi risiko kerugian kepada penternak ayam.

Di samping itu, KPDNHEP turut menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga KPDNHEP dan menyalurkan maklumat berkaitan salahlaku peniaga yang melanggar undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP secara rasmi melalui saluran Portal e-aduan.kpdnhep ; Call Centre 1-800-886-800 dan boleh emel di [email protected]– Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan