24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

15,573 kes baharu COVID-19, paling tertinggi dilaporkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes baharu harian COVID-19 terus melonjak naik dengan 15,573 kes dilaporkan, yang merupakan angka kes paling tertinggi sejak pandemik melanda negara.

Dengan pertambahan kes baharu harian tersebut, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 kini mencecah 980,491 kes.

Sebelum ini jangkitan tertinggi harian dilaporkan adalah melebihi 13,000 iaitu pada 15 Julai dengan 13,215 kes dan kelmarin juga melepasi angka tersebut iaitu sebanyak 13,034 kes.

Sementara itu, pesakit sedang dirawat dan diasingkan terus mencatatkan peningkatan kes setiap hari dengan 147,386 kes dilaporkan termasuk 939 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 456 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian semalam, sebanyak 29 kes (0.2 peratus) adalah daripada kategori lima (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan) dan 74 kes (0.5 peratus) kategori empat (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen).

“Seterusnya, 102 kes (0.6 peratus) kategori tiga (radang paru-paru), 7,095 kes (45.6 peratus) kategori dua (bergejala ringan) dan 8,273 kes (53.1 peratus) kategori satu (tidak bergejala).

“Keseluruhannya, hanya 1.3 peratus kes yang dilaporkan hari ini (semalam) berada pada kategori tiga, empat dan lima,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini.

Terdahulu, dalam perkongsian di Twitter beliau, Dr. Noor Hisham memaklumkan, Selangor terus merekodkan peningkatan kes dengan angka melebihi 7,000 iaitu 7,672 kes dilaporkan, berbanding 6,049 kes sehari sebelumnya.

“Kes baharu harian COVID-19 di Kuala Lumpur juga melepasi angka 2,000 dengan 2,063 kes (1,611 kes) dan Kedah 937 kes (701 kes). 

Advertisements

“Bagaimanapun, tujuh negeri, mencatatkan penurunan kes baharu harian COVID-19 dengan Johor sebanyak (722 kes), Negeri Sembilan (682 kes), Sarawak (461 kes), Terengganu (229 kes), Putrajaya (41 kes), Perlis (tiga kes) dan Labuan (21 kes).

“Sungguhpun begitu, lain-lain negeri merekodkan kenaikan kes iaitu Pulau Pinang dengan 530 kes diikuti Sabah (516 kes), Pahang (457 kes), Melaka (452 kes), Perak (415 kes), Kelantan (372 kes),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 30 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 16 kluster komuniti, lapan kluster tempat kerja, empat kluster kumpulan berisiko tinggi serta masing-masing satu kluster keagamaan dan pendidikan tinggi.

“Kluster tersebut ialah Kluster Kampung Baru Bukit Kecil Labok (12 kes), Kluster Kampung Banggol Pak Esah (19 kes), Kluster Paloh Pintu Geng (11 kes), Kluster Kampung Jambu Panji (10 kes), Kluster Kampung Bukit Merbau (35 kes), Kluster Kerilla (sembilan kes), Kluster Jalan Bistari Yayasan (19 kes), Kluster Jalan Mohd Aris (25 kes) dan Kluster Biak Darat (15 kes).

“Selain itu, Kluster Muhibah (16 kes), Kluster Desa Ayer Hitam (40 kes), Kluster Ulu Senulau (35 kes), Kluster Balai Ringin Melayu (80 kes), Kluster Bukit Berangan (36 kes), Kluster Teluk Menara (38 kes), Kluster Kampung Mananam (20 kes), Kluster Jalan Temenggung (tujuh kes), Kluster Ulu Pulai (sembilan kes), Kluster Jalan Stesen TV (68 kes), Kluster Jalan Stesen TV (68 kes) dan Kluster Bukit Mas (11 kes).

“Selebihnya ialah Kluster Industri Kenanga Lapan (32 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Putra (23 kes), Kluster Jalan Batu Karang (34 kes), Kluster Jalan Pesisir Bintulu-Miri (25 kes), dan Kluster Sutera Soga (13 kes).

“Lain-lain, Kluster Off Jalan Bandar PG (10 kes), Kluster Jalan Utara 2 (13 kes), Kluster Jalan Alam Jaya 2/7 (33 kes), Kluster Jenderam (tujuh kes) dan Kluster Jalan Yahya 3 (17 kes), “katanya.

Tambah beliau, terdapat 144 kes kematian COVID – 19 dilaporkan pada hari ini.

“Dalam pada itu, lapan kes meninggal dunia di luar hospital atau Brought In Dead (BID), menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 7,718 kes,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan