26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Perancangan pisahkan fungsi Peguam Negara telah bermula

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan telah memulakan perancangan ke arah memisahkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi menjamin aspek keadilan dan memenuhi prinsip keluhuran undang-undang serta mengelakkan berlakunya percanggahan kepentingan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan  berkata, perkara itu akan ditambah baik melalui kajian perbandingan dengan negara lain, namun dengan kesesuaian sistem perundangan Malaysia.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, kerajaan Persekutuan yang sentiasa terbuka dan bersedia mengambil langkah memelihara integriti serta kepercayaan awam terhadap badan perundangan termasuk Jabatan Peguam Negara dan seumpamanya.

Advertisements

“Kerajaan juga tiada halangan mempertimbangkan langkah mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sekiranya ada keperluan berdasarkan fakta, undang-undang dan juga langkah-langkah pihak tertentu yang boleh menimbulkan persoalan integriti dan keyakinan terhadap badan perundangan yang sepatutnya bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan dalam aspek perundangan serta penjaga kepada keadilan jenayah,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman dalam kenyataan melalui laman Facebooknya mencadangkan supaya ditubuhkan satu RCI pembaharuan Jabatan Peguam Negara, yang perlu melibatkan pakar-pakar perlembagaan.

Cadangan itu dikemukakan kerana beliau berpendapat perkembangan semasa menjejaskan kepercayaan masyarakat awam terhadap Jabatan Peguam Negara, dan jika tidak ditangani, secara tidak langsung ia akan menyumbang kepada kebuntuan politik, di samping menghalang usaha kerajaan membina keyakinan serta sokongan orang ramai bagi melawan pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan