24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

IPT disaran wujud makmal sosial bantu masyarakat

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA: Institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan disaran mewujudkan makmal sosial untuk tujuan pemerhatian, analisis dan penyelesaian masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, makmal itu tidak perlu bersifat statik di universiti, namun boleh menjadikan masyarakat itu sendiri sebagai ‘makmal’.

Beliau berkata, warga kampus perlu turun padang dan meninjau apa yang berlaku dalam masyarakat selari dengan hasrat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad supaya agenda memasyarakatkan universiti akan dapat dicapai.

“Misalnya, kita ada 20 universiti awam (UA) di seluruh negara yang diyakini mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam kalangan masyarakat setempat menerusi fungsi makmal sosial ini.

“Sebagai contoh, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), makmal sosialnya berteraskan pendidikan, jadi boleh bantu sekolah di daerah yang menghadapi masalah menerusi program turun padang ke tempat berkenaan, begitu juga dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang boleh menyumbang dalam bidang pertanian,” katanya dalam kenyataan media.

Advertisements

Mohammad Shatar berkata demikian ketika mengulas mengenai kemampuan IPT dalam memainkan peranan menyelesaikan masalah dalam kalangan masyarakat di negara ini menerusi kepakaran dan perkongsian ilmu.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, makmal sosial itu boleh juga dibuat dalam bentuk mudah alih dengan mewujudkan kenderaan tertulis ‘makmal sosial’ bagi mewakili sesebuah IPT.

Beliau berkata, inisiatif itu diyakini mampu mengeratkan lagi silaturahim antara universiti dengan masyarakat supaya ilmu dan kepakaran warga kampus tidak bersifat eksklusif.

“Sekiranya ada kolaborasi yang kuat, contohnya antara 20 UA dengan masyarakat, diyakini pelbagai persoalan dan masalah dapat diselesaikan apabila pakar turun padang bertemu dengan komuniti serta membantu menyelesaikan masalah.

“Selain itu, usaha ini juga mampu memartabatkan kualiti universiti kita di peringkat nasional dan antarabangsa supaya masyarakat melihat institusi itu bukan hanya menghasilkan jurnal berimpak tinggi, malah turut menawarkan perkhidmatan kesukarelawanan yang sangat efektif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat,” katanya lagi. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan