29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

CITF sasar 10 peratus populasi terima vaksin penuh bulan ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menyasarkan 10 peratus daripada populasi penduduk akan memperoleh vaksinasi penuh menjelang pertengahan bulan ini.

Memetik laporan Bernama, setakat semalam, sejumlah 2,393,882 individu atau 7.3 peratus daripada populasi sudahpun lengkap menerima suntikan dos kedua vaksin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata, lima negeri mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi iaitu Selangor dengan 318,774 orang, diikuti Johor (256,096), Sarawak (252,496), Perak (214,267) dan Kuala Lumpur (209,165).

Katanya, sebanyak 8,346,697 dos jumlah pemberian dos vaksin secara keseluruhannya setakat semalam, merangkumi 5,952,815 pemberian dos pertama, manakala 2,393,882 lagi adalah dos kedua.

Advertisements

“Bagi vaksinasi harian, sebanyak 263,012 dos diberikan semalam membabitkan pemberian 178,148 dos pertama dan 84,864 dos kedua,” katanya dalam hantaran Twitter beliau, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada sidang media di Butterworth, Pulau Pinang, berkata, Julai adalah bulan penting bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kerana mahu mencapai sasaran 10 peratus rakyat melengkapkan penerimaan suntikan vaksin.

“Dalam masa sama, Malaysia juga dijangka menerima vaksin yang banyak pada bulan ini. Sehingga kini, sebanyak 16 juta rakyat sudah berdaftar untuk menerima vaksin dan 34 peratus daripadanya mendapat suntikan dos pertama.

“Jangkaan 12 hingga 14 juta vaksin akan diterima pada bulan ini. Pengagihan vaksin akan dibuat selepas CITF membuat penilaian sebelum diagihkan mengikut kapasiti di setiap negeri,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan