29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Caj penghantar makanan tinggi, rakyat dan peniaga terkesan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kerajaan diminta mengambil tindakan tegas kepada syarikat penghantar makanan yang menaikkan caj tanpa sedar kepada peniaga dan pelanggan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO , Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, beliau melihat aplikasi laman sesawang yang dibuka setiap hari, harga yang dicaj kepada rakyat seperti tidak masuk akal dan saban hari ada sahaja peningkatan harga tanpa disedari oleh pelanggan.

“Ya, memang kita boleh memilih samada mahu membeli ataupun tidak, tetapi waktu sekarang rakyat dikurung dan terpaksa duduk dirumah tidak boleh keluar membeli, menyebabkan mereka terpaksa juga menggunakan khidmat penghantar.

“Rungutan juga saya terima daripada peniaga di mana mereka tidak menyangka yang syarikat penghantar menaikkan harga melebihi 30 hingga 70 peratus daripada harga makanan sebenar.

Advertisements

“Harga ini pula tidak termasuk kos penghantaran dan ditambah lagi caj cukai dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan dengan itu, katanya, beliau meminta agar kerajaan dan pihak berwajib segera mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat penghantar ini atau menarik lesen perniagaan mereka.

“Kesianlah pada rakyat dan peniaga yang terpaksa ikut undang-undang syarikat tanpa boleh bersuara dan juga penghantar yang bertungkus lumus berkhidmat untuk syarikat terbabit,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan