25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pembangkang terjerit-jerit bila PM ajak tafakur, baca al-Fatihah

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KUALA LUMPUR – Entah apa yang merasuk beberapa wakil pembangkang dalam sidang khas Dewan Rakyat hari ini sehingga menyebabkan mereka menjerit-jerit ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak semua Ahli Parlimen bertafakur dan membacakan surah al-Fatihah untuk semua mangsa COVID-19 yang telah meninggal dunia.

Antara yang dilihat berbuat demikian ialah Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

Mereka berterusan membangkitkan Peraturan Mesyuarat ketika Muhyiddin membaca al-Fatihah untuk mangsa-mangsa COVID-19.

Sikap wakil-wakil pembangkang terbabit dapat diperhatikan oleh rakyat yang mengikuti siaran langsung rakaman khas berkenaan melalui saluran TV1, portal-portal berita serta YouTube Parlimen Malaysia.

Kekecohan berlaku sebaik sahaja Muhyiddin memulakan penerangan tentang Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam sidang berkenaan.

“Sebelum saya memulakan penerangan, saya mewakili kerajaan dan seluruh Ahli Parlimen dengan perasaan sedih dan hiba ingin menyampaikan salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa COVID-19 yang telah diuji dengan kehilangan insan-insan tersayang.

Advertisements

“Datuk Yang Dipertua, saya memohon izin untuk kita semua bertafakur seketika dan membaca surah al-Fatihah bagi mengingati mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah,” kata Muhyiddin.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun seterusnya membenarkan Gobind mencelah seketika sebelum Muhyiddin bangkit untuk menyambung semula penerangannya.

Sebelum mengakhiri penerangannya, Muhyiddin berdoa ke hadrat Allah SWT agar mudah-mudahan semua rakyat Malaysia terus dilindungi daripada wabak COVID-19 dan diberikan kesihatan yang sempurna.

“Buat rakan-rakan kita Ahli-Ahli Parlimen, pegawai-pegawai pengiring dan kakitangan Parlimen yang didapati positif COVID-19, saya doakan mereka semua diberikan kesembuhan segera.

“Begitu juga kepada rakyat Malaysia yang dijangkiti virus ini, saya doakan anda semua mendapat rawatan yang terbaik dan segera sembuh, amin ya rabbal alamin,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan