25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hasutan, himpunan pembangkang tanda PRU-15 bila-bila masa

Strategi itu sudah sering digunakan sebelum ini terutama apabila pihak pembangkang semakin terdesak untuk memenangi PRU

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HASUTAN demi hasutan yang dilakukan pembangkang dilihat menjadi petanda Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin hampir, kata seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, strategi itu sudah sering digunakan sebelum ini terutama apabila pihak pembangkang semakin terdesak untuk memenangi PRU nanti.

“Bermula dengan hasutan turun ke jalanan, siri-siri laporan polis, kempen-kempen membenci kerajaan seperti yang dilakukan sebelum PRU 14, kini pihak pembangkang semakin agresif untuk merampas kembali kerajaan pada PRU 15 nanti.

“Saya sekadar ingin mengingatkan diri saya dan berpesan kepada rakyat, agar tidak lagi termakan dengan janji-janji manis pembangkang, hasutan dan pelbagai kempen yang dijalankan oleh pihak pembangkang dengan menggunakan cybertrooper, mahasiswa mahasiswi pro-pembangkang dan kumpulan-kumpulan yang sememangnya menjadi penyokong tegar pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mengingatkan semua pihak untuk menyedari isu-isu yang sedang dimainkan pembangkang itu sebenarnya tidak diketahui penyelesainya oleh pihak tersebut.

“… mereka sendiri pun tiada formula untuk menyelesaikannya. Termasuklah isu kenaikan harga barang, minyak dan krisis inflasi yang melanda seluruh dunia.

“Saya tidaklah menyatakan bahawa kerajaan kini sempurna, tetapi kita harus bersyukur kerana kini, negara kita dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) yang terpaksa mengambil alih tampuk pemerintahan PH yang porak peranda merebut kuasa dan gopoh membalas dendam kepada BN.

Malah ujar beliau, PH bukannya mahu mentadbir negara dengan baik dan membantu rakyat, tetapi telah meranapkan kepercayaan dan peluang yang telah diberikan.

Advertisements

“Walaupun BN tidak sempurna mana, rakyat wajib sedar, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kepimpinan kini, sedaya upaya menstabilkan ekonomi negara dan pada masa yang sama, mengawal kadar inflasi yang telah menjejaskan ekonomi seluruh dunia.

“Dengan subsidi RM 77 billion dan pelbagai inisiatif dalam memperkasa bantuan sara hidup agar tiada seorangpun yang tertinggal.

Beliau juga menyarankan agar kerajaan dan BN supaya tidak alpa dengan kuasa yang ada.

“Sebaliknya gunakan kuasa yang ada dengan sebaiknya dengan terus turun ke bawah mempelbagaikan aktiviti dan sokongan ke segenap lapisan masyarakat.

“Jangan bagi ruang pembangkang menggunakan isu-isu lapuk dan memutarbelit kenyataan yang menyebabkan rakyat termakan dengan hasutan.

Malah, beliau juga meluahkan keyakinan dan percaya, PRU 15 nanti, sekiranya BN ingin mendominasi tampuk kepimpinan negara, BN haruslah tidak memberi ruang kepada PH dan pembangkang memperdaya rakyat.

“Yakinkanlah rakyat dengan manifesto yang benar dan bukan retorik. Berlakonlah dan bantulah sebaik manapun, kalau ianya bukan benar, rakyat kini bijak dan tidak akan termakan dengan kata-kata serta janji yang tidak logik,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan