28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

TLDM usir lapan bot nelayan asing ceroboh perairan

Pusat Operasi Armada (POA) Barat sebelum itu menerima maklumat daripada Control Reporting Center (CRC) Kuantan berhubung pengesanan lapan bot di tenggara Pulau Perak.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HASRAT lapan bot nelayan asing menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Perak, Kedah berjaya dikuburkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), petang semalam.

TLDM dalam satu hantaran dalam Facebook berkata, Kapal Diraja (KD) Laksamana Hang Nadim mengekang cubaan itu pada 5.55 petang.

Menurutnya, Pusat Operasi Armada (POA) Barat sebelum itu menerima maklumat daripada Control Reporting Center (CRC) Kuantan berhubung pengesanan lapan bot di tenggara Pulau Perak.

“Maklumat diperoleh melalui pesawat CL 415 MP milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum disalurkan kepada komponen maritim untuk tindakan selanjutnya.

“Bertindak menerusi maklumat yang disalurkan, KD Laksamana Hang Nadim yang sedang dalam penugasan Op Benteng Laut diatur gerak ke lokasi dan berjaya mengesan keberadaan lapan bot di kedudukan berkenaan.

“KD Laksamana Hang Nadim kemudiannya melaksanakan tindakan pengusiran dan kekal membayangi bot berkenaan sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara,” katanya malam tadi.

Menurut hantaran itu, kerjasama dan tindakan bersepadu serta penyaluran maklumat pantas oleh semua agensi maritim negara berjaya mematahkan tindakan yang melanggar undang-undang atau menceroboh kedaulatan perairan negara.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara.

“Sehubungan itu, TLDM akan sentiasa memperkasakan rondaan di perairan negara dalam usaha memastikan kedaulatan dan khazanah negara kekal selamat dan terpelihara,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan