24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ibu pejabat BN nafi keluar kenyataan sokong kerajaan PN

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ibu pejabat Barisan Nasional (BN) menafikan wujud surat yang menggunakan logo dan alamat pejabat parti itu seperti yang tular dan dilaporan oleh media.

Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata, sebarang kenyataan rasmi parti hanya dikeluarkan melalui Pejabat Pengerusi ataupun Setiausaha Agong parti dan hanya dikeluarkan melalui saluran rasmi parti.

“Ibu pejabat Barisan Nasional menafikan mengenai kewujudan surat yang menggunakan logo dan alamat pejabat parti seperti yang tersiar dan viral ketika ini.

“Sebarang kenyataan rasmi parti hanya dikeluarkan melalui Pejabat Pengerusi ataupun Setiausaha Agong Parti dan hanya dikeluarkan melalui saluran rasmi parti,” katanya beliau dalam kenyataan dua perenggan, malam ini.

Advertisements

Terdahulu tersebar satu kenyataan media menggunakan logo BN mendakwa seramai 40 Ahli Parlimen BN, termasuk bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat ketetapan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenyataan yang turut diterima Edisi 9 itu menyebut keputusan itu hasil pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan kesemua Ahli Parlimen terbabit.

“Perjumpaan itu turut menjunjung kasih akan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” kata kenyataan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan