24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

39 Ahli Parlimen BN termasuk Najib sokong Kerajaan PN

Mesti Baca

CYBERJAYA – Seramai 40 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan perkara itu dalam kenyataan selepas mempengerusikan satu perjumpaan bersama seramai 40 orang Ahli-Ahli Parlimen BN. 

Beliau berkata, dalam perjumpaan itu ahli-ahli Parlimen BN sebulat suara menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin.

“Perjumpaan itu turut menjunjung kasih akan titah  Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Advertisements

“Ahli-Ahli Parlimen BN juga akur dengan titah Seri Paduka untuk memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara,” katanya.

Sebelum ini Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan berbeza apabila mahukan Muhyiddin meletakkan jawatan secara terhormat.

Manakala Ahli-ahli Parlimen UMNO pula diminta menarik sokongan ke atas Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Katanya, Ahli-ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan dan melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi parti pada 7 Julai lalu berikutan perkembangan yang berlaku hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan