32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Biadab semasa tafakur, Tok Mat gesa DAP minta maaf

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Umat Islam dan rakyat Malaysia sangat tersinggung dengan tindakan biadab beberapa Ahli Parlimen dari DAP yang tidak menghormati saat bertafakur yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sidang khas Dewan Rakyat, kelmarin.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ketika Muhyiddin membaca surah al-Fatihah dan menyatakan rasa dukanya terhadap kehilangan begitu banyak nyawa akibat pandemik COVID-19, pemimpin DAP dan rakan-rakannya terus berteriakan dan mengganggu beliau.

“Tiada sedikitpun rasa hormat dan sopan kepada seruan bertafakur dan berdoa. Apa lagi terhadap seorang Perdana Menteri.

“Tindakan mereka sangat biadap, tercela dan jelik. Sikap mereka bercanggah dengan nilai kita sebagai bangsa yang teguh dengan nilai dan moral,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook beliau, malam ini.

yang DAP biadab
MOHAMAD HASAN – Gambar: Facebook

Sehubungan itu, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau menggesa DAP meminta maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri dan seluruh umat Islam serta rakyat Malaysia atas tindakan tidak sopan mereka itu.

“Parlimen Malaysia tidak boleh menjadi tempat agama dan nilai terbaik bangsa menjadi sendaan dan perbuatan biadab,” jelasnya.

Banyak pihak khususnya rakyat kesal dengan sikap biadab beberapa wakil pembangkang termasuk dari DAP dalam sidang khas Dewan Rakyat Isnin lalu yang menjerit-jerit ketika Muhyiddin mengajak semua Ahli Parlimen bertafakur dan membacakan surah al-Fatihah untuk semua mangsa COVID-19 yang telah meninggal dunia.

Advertisements

Antara yang dilihat berbuat demikian ialah Lim Guan Eng (PH-Bagan) dan Gobind Singh Deo (PH-Puchong).

Mereka berterusan membangkitkan Peraturan Mesyuarat ketika Muhyiddin membaca al-Fatihah untuk mangsa-mangsa COVID-19.

Sikap wakil-wakil pembangkang terbabit dapat diperhatikan oleh rakyat yang mengikuti siaran langsung rakaman khas berkenaan melalui saluran TV1, portal-portal berita serta YouTube Parlimen Malaysia.

Kekecohan berlaku sebaik sahaja Muhyiddin memulakan penerangan tentang Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam sidang berkenaan.

“Sebelum saya memulakan penerangan, saya mewakili kerajaan dan seluruh Ahli Parlimen dengan perasaan sedih dan hiba ingin menyampaikan salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa COVID-19 yang telah diuji dengan kehilangan insan-insan tersayang.

“Datuk Yang Dipertua, saya memohon izin untuk kita semua bertafakur seketika dan membaca surah al-Fatihah bagi mengingati mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah,” kata Muhyiddin ketika suasana dalam Dewan Rakyat hingar-bingar dengan gelagat wakil-wakil pembangkang. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan