26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Surat Kebenaran Beroperasi KeTSA sah hingga 28 Jun

Mesti Baca

CYBERJAYA – Surat Kebenaran Beroperasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) masih boleh digunakan sepanjang tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 Jun ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara itu turut terpakai bagi Surat Kebenaran Beroperasi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA).

“Sehubungan itu, sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan kepada talian hotline 03 – 8886 1665 / 019 – 669 6842 atau e-mel kepada [email protected].

“Pada masa yang sama, saya menyeru kerjasama semua pihak supaya sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa dalam membendung penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

surat kebenaran beroperasi
Maklumat mengenai perkhidmatan perlu sektor-sektor di bawah KeTSA yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP yang dilanjutkan sehingga 28 Jun 2014. – Infografik: Facebook KeTSA

Pada 11 Jun lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, selepas mendengar perbentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk melanjutkan PKP 3.0 mulai 15 hingga 28 Jun 2021.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871.

“Senarai positif/negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, senarai tersebut boleh dirujuk kepada laman sesawang kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.

“Memandangkan semua senarai positif/negatif dan SOP adalah sama seperti sebelum ini, maka saya berharap tiada lagi kekeliruan dalam pelaksanaan penguatkuasaan SOP.

“Saya tidak mahu rakyat terkesan dengan salah tafsiran berhubung SOP di lapangan oleh penguat kuasa,” katanya. – EDISI 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan