27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jumlah pemberian vaksin kini mencecah 4.49 juta

Mesti Baca

CYBERJAYA – Jumlah pemberian vaksin Covid-19 kini mencecah 4.49 juta dengan seramai 128,912 menerima suntikan semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.Adham Baba melalui akaun Twitter beliau memaklumkan, jumlah yang menerima dos pertama ialah 3.13 juta manakala bagi dos kedua ialah 1.35 juta orang.

Sementara itu Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 berkata, jumlah harian melibatkan individu yang telah menerima dos kedua iaitu 26,704.

‘’Manakala pemberian harian dos pertama pada 13 Jun ialah 102,208,’’ kata jawatankuasa itu melalui akaun Twitternya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menggesa kerajaan agar mencari pakar dan sumber tempatan bagi menangani isu bekalan serta keberkesanan vaksin dalam jangka panjang melalui penubuhan pusat penyelidikan vaksin nasional.

Presiden MEF Syed Hussain Syed Husman berkata, kerajaan melakukan usaha baik dengan menubuhkan banyak pusat pemberian vaksin (PPV) dalam bentuk mega atau unit bergerak, selain melibatkan klinik serta hospital swasta bagi membantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) serta menggerakkan kor perubatan angkatan tentera.

“Bagaimanapun ketika kita merancang infrastruktur logistik dan pusat vaksin, perlu ada strategi menyeluruh bagi bekalan vaksin.

“Berdasarkan situasi itu dan matlamat untuk menjaga kesihatan serta keselamatan rakyat daripada Covid-19 dan pandemik serupa pada masa akan datang, adalah penting untuk menubuhkan pusat penyelidikan vaksin nasional berasaskan kepakaran dan sumber tempatan,” katanya dipetik Bernama dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Malaysia perlu menubuhkan pusat penyelidikan vaksin khusus sebagai prospek jangka panjang dalam menghasilkan vaksin sendiri.

“Malaysia memiliki kemudahan akademik serta penyelidikan saintifik dan pakar tempatan, kita juga diiktiraf di peringkat global kerana menghasilkan vaksin bagi virus Nipah, selain menangani SARS, H1N1 dan penyakit lain sebelum ini.” – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan