25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

Fokus kerajaan perangi COVID-19, bukan PRU-15

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Semua parti politik hendaklah menumpukan kepada usaha membantu rakyat yang terkesan teruk dengan pandemik COVID-19 dan bukannya mendesak kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) secepat mungkin.

Setiauasaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, fokus seluruh jentera kerajaan Persekutuan dan negeri adalah untuk memerangi pandemik COVID-19 yang masih belum reda.

Sehubungan itu, kata beliau, PAS menyifatkan kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa bahawa UMNO tidak perlu mendesak kerajaan untuk mengadakan PRU-15 dalam masa terdekat amat tepat dan kena pada masanya.

“PAS turut menyeru semua pihak terutamanya parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tanpa mengira fahaman dan aliran pemikiran agar sama-sama dapat membantu kerajaan menguruskan dan menyelesaikan wabak yang merupakan darurat besar ini.

“Ini sekali gus bermaksud isu-isu yang boleh menimbulkan ketegangan, keburukan dan kerugian masa, tenaga dan kewangan wajar dielakkan semaksimum mungkin,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Takiyuddin menambah, parti-parti politik seharusnya turut menumpukan kepada usaha membantu rakyat yang terkesan teruk dengan COVID-19 dari segi aspek kesihatan dan ekonomi.

Beliau memberitahu, PAS yakin kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah yang proaktif dengan mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak bagi memastikan kebaikannya akan dirasai oleh seluruh rakyat.

Semalam, Tajuddin berkata, tidakan mendesakan kerajaan supaya mengadakan PRU-15 dalam masa terdekat hanya akan menyukarkan usaha kerajaan memerangi penularan pandemik COVID-19.

Baca juga:   PRU-15: Apakah akan berlaku tsunami luar biasa?

Beliau menyeru ahli-ahli UMNO membantu kerajaan dalam usaha memberi fokus mencegah, memerangi serta mengurangkan risiko kadar kebolehjangkitan virus COVID-19.

Baca juga:   Jika darurat tak jejas ekonomi, kenapa ramai belia menganggur?

“Saya sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO, komited untuk terus membantu kerajaan menjayakan agenda negara dan membebaskan rakyat dan negara daripada pandemik ini.

“Peranan jentera pilihan raya UMNO di negeri dan Parlimen yang bersedia hadapi PRU Ke-15 pada waktu ini, seharusnya digembleng untuk membantu kerajaan mengekang COVID-19,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu menambah, angka jangkitan harian COVID-19 yang tinggi ketika ini iaitu sekitar 5,000 hingga 6,000 kes sehari, memaksa tumpuan parti perlu dialihkan kepada isu keselamatan dan kesejahteraan rakyat yang lebih kritikal ketika ini.

“Apabila negara berhadapan dengan trend peningkatan mendadak kes COVID-19 dan kes kematian yang meningkat, saya pesan kepada jentera parti supaya mendahului rakyat dalam isu COVID walaupun tumpuan mereka adalah kepada pilihan raya,” katanya. – EDISI 9

Terkini

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ikut SOP ketat

PROGRAM 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat...

Lagi Artikel Berkaitan