26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Covid-19: Kes baharu 4,949 tapi Selangor kekal tertinggi

Mesti Baca

CYEBRJAYA –  Malaysia menunjukkan penurunan kes Covid-19 dua hari berturut-turut apabila 4,949 jangkitan baharu dilaporkan sekali gus menjadikan keseluruhan kes kini sebanyak 662,457.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor bagaimanapun masih kekal dengan rekod kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,523 kes diikuti Sarawak (744 kes) dan Kuala Lumpur (503 kes). 

Kes-kes di negeri lain ialah Sabah (273), Johor (430), Negeri Sembilan (323), Pulau Pinang (214), Kelantan (214), Perak (136), Kedah (199), Melaka (119), Pahang (61), Terengganu (86), WP Labuan (113), WP Putrajaya (10).

Sementara itu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.Adham Baba berkata, seramai 1,413 pesakit Covid-19 berada pada tahap empat dan lima meninggal dunia dalam tempoh April hingga semalam.

Beliau berkata, mereka adalah sebahagian daripada 59,895 pesakit tahap empat dan lima Covid-19 yang dikesan dalam tempoh berkenaan.

Katanya, berdasarkan capaian data daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Perkhidmatan Hospital, jumlah bilangan pesakit Covid-19 bagi kategori itu dari Mac 2020 sehingga 13 Jun 2021 adalah 104,122 (16%).

“Bilangan dan peratusan pesakit Covid-19 bagi kategori empat dan lima pada tiga bulan terakhir pula adalah seperti berikut April sebanyak 6,751 daripada 63,213 kes keseluruhan;

“Mei sebanyak 30,287 daripada 163,644 kes dan sehingga 13 Jun iaitu 22,857 daripada 74,254 kes, sekali gus menjadikan jumlah pesakit kategori itu tiga bulan terakhir ialah 59,895 kes atau 19.9%.

“Bilangan dan peratus kes kematian pesakit Covid-19 bagi kategori empat dan lima pada tiga bulan terakhir ini daripada bilangan kes kategori empat dan lima adalah seperti berikut, April sebanyak 146 kes kematian, Mei sebanyak 705 kes dan 562 kes menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 1,413 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menerusi aplikasi Zoom di Putrajaya. – Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan