25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Vaksinasi media: 700 janji temu seluruh negara setakat ini

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

PUTRAJAYA – Sebanyak 700 janji temu telah diberikan kepada para petugas media di seluruh negara untuk dos pertama vaksinasi COVID-19 setakat ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, lebih banyak janji temu dikeluarkan minggu ini.

Menurut beliau, bagi vaksinasi media yang bermula Rabu lalu, sehingga hari ini PICK telah berjaya memenuhi sekitar 250 vaksinasi untuk petugas media daripada kira-kira 5,000 nama yang telah disenaraikan di seluruh negara.

“Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam proses memberikan janji temu telah kepada petugas dalam senarai tersebut termasuk mereka yang akan membuat liputan ke Sukan Olimpik Tokyo pada hujung Julai nanti,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat CITF bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di sini, hari ini.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memberitahu, CITF perlu mengimbangi keperluan vaksinasi untuk pengamal media dengan keperluan imunisasi untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan komorbid yang turut diutamakan dalam Fasa 2 PICK.

Beliau menambah, hari ini vaksin diberi kepada lebih 38 petugas media, daripada 47 petugas agensi tempatan dan antarabangsa yang akan membuat liputan di Sukan Olimpik Tokyo bagi mendapatkan suntikan dos pertama mereka di MITEC dengan bantuan Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM).

“Selebihnya bagi petugas yang telah mendapat suntikan dos pertama seperti AstraZeneca, CITF akan mengatur janji temu dos kedua mereka supaya mereka sempat melengkapkan perlindungan mereka sebelum berlepas pada bulan depan.

“Selepas sekumpulan 100 wartawan menerima suntikan pertama di Dewan Seroja Putrajaya Rabu lalu, seramai 123 petugas di media di Perak juga telah menerima suntikan dos pertama mereka pada Jumaat lalu,” jelasnya.

Maklumat lain berkaitan PICK adalah seperti berikut:

Bilangan yang telah mendaftar: 13,789,736 orang

Nisbah pendaftaran berbanding populasi (atas 18 tahun): 58.9 peratus

Bilangan janji temu yang telah diberi: 4,774,418

Bilangan yang telah divaksinasi:

Dos 1: 3,132,304 orang

Dos 2 (Lengkap suntikan): 1,357,966 orang

Keseluruhan: 4,490,270 dos. – EDISI 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan