27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PKP: M40, T20 layak mohon bantuan bayaran balik pembiayaan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19 ataupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk kumpulan M40 dan T20 layak memohon bantuan bayaran balik pembiayaan.

Presiden Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Datuk Adissadikin Ali berkata, kelayakan tersebut selari dengan pembentangan bantuan PKP 3.0 Pemerkasa Plus yang diumumkan oleh kerajaan pada awal Jun.

Menurutnya, bank-bank ahli AIBIM telah merangka proses pengesahan dan keperluan dokumentasi yang ringkas bagi memudahkan pelanggan mendapatkan bantuan bayaran balik pembiayaan itu.

“Bagi para pelanggan, selain daripada kategori yang dinyatakan di atas, sekiranya menghadapi kesukaran kewangan akibat pandemik atau PKP, tidak kira sama ada individu atau perniagaan, boleh menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan bantuan berkaitan dengan skim penjadualan semula dan penstrukturan semula yang bersesuaian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Adissadikin berkata bagi pemohon dalam kumpulan M40 dan T20 yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 atau 2021 dan masih belum bekerja sewaktu memilih bantuan, kelulusan adalah secara automatik

Bantuan yang diberikan adalah tiga bulan penangguhan bayaran balik pembiayaan, atau pengurangan bayaran balik pembiayaan sebanyak 50 peratus selama enam bulan, katanya.

Menurutnya, bagi pemohon yang masih bekerja namun mengalami pengurangan jumlah pendapatan, mereka ditawarkan bantuan pengurangan bayaran balik pembiayaan selama enam bulan mengikut jumlah pengurangan pendapatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan