30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Penderitaan pesara tentera hidup bawah jambatan berakhir

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Penderitaan seorang pesara tentera yang hidup di bawah jambatan Loke Yew di Kuala Lumpur bersama isteri dan lima anaknya berakhir apabila Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memindahkan mereka ke rumah transit di Flat Seri Johor.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang melawat keluarga Suria Mohamad Hassan, 59 terkejut kerana tidak sangka ada yang hidup daif di bandar raya itu dan bukannya pedalaman.

‘’Mereka akan menduduki rumah transit selama satu minggu sementara pihaknya berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta agensi kerajaan lain.

“Ia adalah bagi memberikan kediaman lebih baik dan di samping anak-anak diberikan bantuan kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Melihat kepada keadaan rumah, saya tidak sangka ada yang hidup daif di bandar raya Kuala Lumpur dan ia bukan di pedalaman,” katanya selepas mengadakan lawatan ihsan tersebut.

Advertisements
Tempat tinggal Suria bersama isteri dan lima anaknya sejak akhir 2019.

Suria dan isteri, Azariyah Abd Aziz, 43, dan lima anaknya yang berusia tiga hingga 14 tahun menghuni ‘rumah’ usang sempit berdindingkan papan lapis dan tanpa bumbung di bawah jambatan terbabit kerana tidak mampu menyewa rumah yang lebih sempurna sejak November 2019.

Rina berkata, mereka yang menghuni rumah itu menggunakan dapur kayu tanpa bekalan elektrik.

‘’Kerajaan tidak akan berkompromi dengan kebajikan kanak-kanak yang masih bersekolah. Jadi kita memberikan bantuan segera dan apabila membuat semakan, keluarga ini tidak mempunyai rekod JKM. Kita tidak mahu Suria dan isterinya berputus asa tetapi pada masa sama, kemiskinan ini tidak diwarisi, berharap masa anak-anak lebih cerah,” katanya.

Rina turut akan mengarahkan JKM menyalurkan bantuan dan sokongan psikologi kepada keluarga berkenaan.

Terdahulu, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga dilaporkan akan memantau nasib pesara tentera dan memaklumkan, keluarga itu telahpun disantuni oleh JHEV ATM dan Baitulmal Wilayah Persekutuan minggu lalu.

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan