31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

2,082 syarikat daftar vaksinasi PIKAS libat lebih 300,000 pekerja

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 2,082 syarikat dengan jumlah pekerja seramai 301,050 orang telah berdaftar untuk vaksinasi di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) setakat Rabu.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata daripada angka itu, sebanyak 255 syarikat membabitkan seramai 14,357 pekerja merupakan pemain industri di Johor.

“Saya berharap program ini akan berjalan lancar dan ia dapat diselesaikan mengikut jadual. Saya mendapat jaminan daripada Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bahawa bekalan vaksin akan dipertingkatkan dalam bulan Julai dan Ogos.

 “Ia sebagai memenuhi keperluan sektor ekonomi kerana hari ini, pelaksanaan PIKAS hanya untuk sektor pembuatan dan perkilangan, selepas ini kami akan teruskan dengan sektor perladangan, pembinaan dan lain-lain,” katanya selepas melawat PPV industri di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang di Kota Tinggi, Johor, semalam. 

Advertisements

Sementara itu, beliau berkata kerajaan menyarankan PPV industri Covid-19 di bawah PIKAS untuk turut memberikan vaksinasi kepada keluarga dan komuniti di kawasan sekitar industri, selain daripada pekerjanya dalam usaha membantu mempercepat vaksinasi kepada rakyat bagi mencapai imuniti kelompok.

“Ini kerana PPV industri ini telah sedia ada… mereka (pihak swasta) juga telah bersedia untuk memanjangkan perkhidmatan ini kepada keluarga pekerja-pekerja mereka dan juga masyarakat tempatan di sekitar kawasan PPV tersebut, “ katanya.

Mohamed Azmin berkata, ketika melawat PPV PIKAS di Austin International Convention Centre, beliau memberi jaminan bahawa pekerja yang menyertai program ini tidak akan dibebani dengan kos tambahan dan vaksin akan diberikan secara percuma oleh kerajaan .

‘’Melalui program kolaborasi awam-swasta ini, majikan perlu menanggung kos pentadbiran proses vaksinasi dan tidak dibenarkan untuk memotong gaji pekerja bagi membiayai kos yang terlibat,’’ katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan