31.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Tapak bina diarah henti operasi, dikompaun RM10,000

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebuah tapak bina diarah berhenti beroperasi serta-merta dan dikompaun RM10,000 selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan (MKN).

Tindakan itu dikenakan hasil operasi penguatkuasaan di tapak bina oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Melaka.

Menurut kenyataan dalam Facebook CIDB, operasi di daerah Melaka Tengah itu melakukan pemeriksaan di 15 tapak bina, daripada jumlah itu 14 tidak beroperasi manakala satu tapak bina yang didapati beroperasi diarahkan menghentikan operasi serta merta oleh penguatkuasa CIDB Melaka.

‘’Antara kesalahan yang dikesan jumlah pekerja di tapak melebihi 60% yang dibenarkan sedangkan kehadiran pekerja 83.3%, rumah penginapan pekerja yang disediakan di tapak bina tiada kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tiada pasukan Covid-19 diwujudkan dan tidak menyediakan kod QR ‘My Sejahtera’, kata kenyataan itu.

CIDB berkata, notis Pemberhentian kerja dikeluarkan manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kompaun RM 10,000 atas kesalahan di bawah Akta KKM 342.

‘’Penggiat industri pembinaan perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP 3.0 terkini yang boleh dimuat turun dari www.cidb.gov.my.CIDB boleh menutup tapak pembinaan yang didapati tidak mematuhi SOP yang ditetapkan,’ kata kenyataan itu lagi.

Baca juga:   Anak Muda Gegor Bera himpun lebih 2,000 belia

Wartawan

Terkini

KPDN sasar inisiatif Menu Rahmah dilaksana seluruh negara

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan inisiatif Menu Rahmah disebarluaskan ke seluruh negara secara berperingkat. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan