26.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 30, 2021

5,911 kes baharu, Selangor terus catat kes tertinggi

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 5,911 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara sepanjang tempoh 24 jam lepas.

Jumlah itu kurang 529 kes berbanding 6,440 kes yang dicatat semalam. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook beliau berkata kes baharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini 691,115.

Katanya, Selangor kekal negeri mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,111 orang diikuti Negeri Sembilan (770), Sarawak (569), Johor (498) dan Kuala Lumpur (483).

Selain itu, 245 kes direkodkan di Perak, Kelantan (223), Kedah (204), Sabah (201), Labuan (185), Melaka (134), Terengganu (62), Pahang (56), Putrajaya (tiga) manakala tiada kes baharu dicatat di Perlis. 

Sementara itu, ketika menyampaikan ucap tamanya pada Webinar Antarabangsa Malaysia Pertama mengenai Bantuan Awal Psikologi oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini, Dr.Noor Hisham berkata, semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dalam memerangi pandemik itu dilihat masih kurang, yang menyumbang kepada peningkatan kes positif.

Beliau mengakui pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh semua pihak masih menjadi isu pada masa kini walaupun pandemik itu telah melanda negara lebih setahun.

“Saya fikir ia masih kurang kerana terdapat perselisihan dari segi perpaduan, kita berlawan sesama sendiri dari segi pendapat, pendekatan dan sebagainya, dan bukannya melawan menentang virus ini,” katanya. 

Baca juga:   6,517 kes baharu harian COVID-19, kekal lepasi angka 6,000
Baca juga:   PKP 3.0: Sekatan lebih ketat sektor ekonomi dan sosial

Dr Noor Hisham turut memberi jaminan bahawa semasa krisis ini, setiap keputusan dibuat dengan pertimbangan mendalam.

“Apabila anda mempunyai kehidupan dan mata pencarian, keseimbangan antara kesihatan dengan ekonomi, bagaimana anda mewujudkan keseimbangan yang betul, ini sangat sukar dan mencabar… untuk mendapat kesan yang minimum pada ekonomi dan hasil maksimum pada kesihatan.

“Inilah sebabnya mengapa kadang-kadang ia tidak mudah, kerana anda perlu mengambil pertimbangan banyak perkara sebelum membuat sesuatu keputusan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

4 kertas siasatan dibuka, gagal turunkan harga

EMPAT kertas siasatan telah dibuka Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas pemborong ayam, atas...

Lagi Artikel Berkaitan