32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Remaja hidup bersendirian kini ditempatkan di sekolah tahfiz

Mesti Baca

REMAJA perempuan 13 tahun yang mengharungi hidup bersendirian selepas kematian datuknya sejak setahun lalu kini ditempatkan di sebuah sekolah tahfiz, kata aktivis masyarakat, Natipah Abu.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan waris remaja tersebut.

“Semua sepakat menempatkan dia di sebuah tahfiz. Semua ini demi keselamatan dan masa depannya yang sudah ‘biasa’ menjalani hidup sebagai orang dewasa secara sendirian.

“Hakikatnya tiada siapa pun yang bersalah dalam hidupnya terutamanya bapa saudara melainkan semuanya menjadi mangsa keadaan,” katanya yang mesra dipanggil Kak Pah menerusi Facebook hari ini.

Bagaimanapun, nama sekolah tahfiz atau negeri tidak didedahkan.

Semalam, Natipah menceritakan kisah seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang menjalani kehidupan secara bersendirian selama setahun ekoran kematian datuknya.

Remaja tersebut bagaimanapun mengharungi pelbagai cabaran sehingga terpaksa mendapatkan bantuan di balai polis.

Kisah perjalanan hidup remaja yang dikatakan dari keluarga yang berada tetapi hidup ‘merempat’ dan sebatang kara itu kemudian tular menerusi media sosial sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak.

Sementara itu, Natipah berkata, kasih sayang yang berlebihan ketika kecil dan kemudian hilang dalam usia mentah menjadi salah satu punca semua itu terjadi.

“Alhamdulillah, dia kini selamat di sekolah tahfiz dan mula bergaul dengan rakan sebaya… Sama-sama kita doakan agar dia menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat kelak,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan