25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Cabul: Bekas ADUN Sedili dilepas, dibebas

Keputusan dibuat setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie kepada tertuduh.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistet Muar, Johor, hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, Januari tahun lalu.

Majistret Analia Kamaruddin membuat keputusan itu terhadap Rasman, 54, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie kepada tertuduh.

Analia dalam penghakimannya berkata, keputusan itu dibuat setelah menilai kebolehpercayaan saksi-saksi pihak pendakwaan secara maksima sepanjang perbicaraan.

“Oleh yang demikian, tertuduh dilepaskan serta dibebaskan dan wang jaminan dikembalikan semula,” katanya ringkas dalam prosiding berkenaan.

Rasman yang hadir dengan memakai kemeja putih dan kot biru menzahirkan kesyukuran serta perasaan lega atas keputusan adil mahkamah.

Terdahulu, prosiding dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd. Yunos manakala Rasman diwakili peguam bela Muhammad Mohd. Nasir, Muhammad Izzad Syafiq Ismail dan Mohamad Alias Rasman.

Advertisements

Seramai empat orang saksi pendakwaan dipanggil memberikan keterangan sepanjang perbicaraan yang telah bermula sejak Januari tahun lalu.

Rasman yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi sebelum ini menghadapi pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 27 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatan wanita berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan pada 13 Januari 2022 dalam sebuah kereta mewah jenis Toyota Vellfire kira-kira pukul 5 petang di daerah ini.

Justeru, beliau telah didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana daripada dua seksaan itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan