26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Remaja 12 tahun bertahan hidup sendirian selama setahun

Nasib remaja daripada keluarga berada dan menguasai lima bahasa itu bagaimanapun berubah sekelip mata sejak kematian datuknya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG remaja perempuan berusia 12 tahun berhadapan cabaran getir apabila terpaksa menguruskan dirinya sendiri selama hampir setahun selepas kematian datuknya sejak setahun lalu.

Bagaimanapun, dalam usaha yang sementah itu, remaja terbabit masih mampu mempertahankan hidupnya secara bersendirian walaupun terpaksa ‘merempat’ mencari tempat berteduh.

Kisah sedih berkenaan dikongsikan oleh aktivis masyarakat, Natipah Abu atau lebih selesa membahasakan dirinya Kak Pah menerusi Facebook beliau.

Menurutnya, dia telah dihubungi oleh seorang anggota polis berpangkat Sarjan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Kedah.

“Semalam, Kak Pah dihubungi oleh IPD Kuala Muda. Sarjan Puan Nora dan team (pasukan) hendak turun bertemu Kak Pah untuk menyelesaikan masalah seorang remaja yatim piatu yang berusia 13 tahun.

“Sejak kecil dia dijaga oleh datuk dan nenek. Nenek pergi terlebih dahulu dan sejak itu dia dijaga datuk. Setelah kematian datuk, dia tinggal sendirian di rumah pusaka itu. Selain arwah bapanya, datuk dan nenek mempunyai seorang lagi anak kandung lelaki dan seorang lagi anak angkat perempuan.

“Tapi bapa saudara kandung tidak dapat menjaga dia. Jadi, setelah datuk pergi, dia tinggal sendirian. Setahun lamanya dia hidup sendiri. Bayangkan dalam usia 12 tahun, dia hidup sendiri selama setahun,” katanya.

Ujarnya lagi, sebulan yang lalu remaja tersebut dibawa oleh ibu saudara angkatnya dari Melaka datang dan membawanya ke sana.

“Pada awalnya, dia (remaja tersebut) sangka ibu saudara angkat hendak menjaga dia tetapi rupanya dia dihantar ke satu tempat dan dia tidak disekolahkan seperti yang dijanjikan.

“Sebulan di tempat tersebut, dia keluar dan pergi ke balai polis. Polislah yang membeli tiket bas yang membawa dia pulang ke Sungai Petani.

“Sebaik sampai di Sungai Petani, tentulah dia menuju ke rumah pusaka tinggalan datuknya. Malangnya rumah tersebut telah disewakan kepada warga Indonesia,” cerita Natipah.

Ujarnya lagi, remaja perempuan berkenaan memaklumkan tentang keadaan tersebut kepada bapa saudara kandungnya.

“Bapa saudara kandungnya mengurus dan menyewa sebuah inap desa untuk dia tinggal selama seminggu,” katanya.

Bapa saudaranya tidak dapat datang bertemu dia kerana berada di Brunei.

“Seminggu di homestay, dia dihalau keluar kerana tempoh sewaan telah berakhir. Sekali lagi dia datang ke balai polis kerana tiada hala tuju dan tempat tinggal,” kata Natipah.

Aktivis berkenaan juga meluahkan rasa hairan bagaimana remaja seusia tersebut itu boleh hidup sendirian selama setahun serta boleh terfikir hendak ke balai polis untuk meminta bantuan.

Bagaimanapun menurutnya, tanda tanya tersebut terjawab apabila remaja perempuan berkenaan menyatakankan datuknya dahulu merupakan pesara polis yang berpangkat tinggi.

Natipah berkata, remaja perempuan itu juga mampu menguasai lima bahasa iaitu Cina, Pakistan, India, Melayu dan Inggeris.

“Sayangnya, hidupnya berubah setelah kematian datuk dan neneknya. Berdarah kacukan mungkin itu salah satu punca mengapa tiada yang menjaga dia.

“Kami temui juga pasport antarabangsanya yang mana dia pernah terbang ke India,” katanya.

Beliau berkata, remaja tersebut dipercayai hidup senang, datang daripada keluarga berada namum senaj kematian datuk dan nenek, dia hidup sebatang kara.

Kata Natipah, pada masa ini remaja tersebut ditempatkan di bawah jagaannya sementara menunggu bapa saudaranya atau keluarga lain menghubunginya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan