29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Varian BA 5.2 dikesan sejak 16 Mac, BF.7 sejak 21 Ogos

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA varian COVID-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada varian yang menular di China ketika ini, telah dikesan di Malaysia, masing-masing sejak 16 Mac dan 21 Ogos lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes pertama bagi BF.7 yang dikesan pada 21 Ogos merupakan kes jangkitan tempatan.

“Manakala kes kedua pada 6 Sept (kes import jangkitan dari Turkiye), dan kes ketiga pada 7 Okt merupakan kes jangkitan tempatan.

Advertisements

“Di peringkat global pula bagi varian BA.5.2, kemuncak penularan adalah sekitar bulan September-Oktober 2022 dengan kebanyakannya dikesan di negara seperti Afrika Selatan, England, China dan Amerika Syarikat,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Menurut beliau, bagi varian BF.7 pula, kemuncak penularan adalah pada Oktober 2022 dan ia banyak ditemukan di negara seperti Belgium, England, Denmark dan juga China.

Semalam Dr Noor Hisham berkata setakat 31 Dis lepas, terdapat sejumlah 4,148 kes di negara ini yang dijangkiti varian BA.5.2 dan tiga kes dijangkiti BF.7. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan