31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

MEDAC buat kaji selidik baharu susulan Pelan Pemulihan Negara

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sedang menjalankan kaji selidik baharu kesan pandemik COVID-19 terhadap usahawan di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia berikutan langkah kerajaan yang telah merangka Pelan Pemulihan Negara, sepertimana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Menurut beliau, sebelum ini kajian telah dibuat pada 15 Februari hingga 5 Mac lalu dan mendapati 54 peratus perusahan terutama kecil dan sederhana hanya mampu bertahan antara 3 hingga 6 bulan sahaja iaitu sehingga September.

“Pelan (Pemulihan Negara) ini boleh dijadikan panduan kepada usahawan untuk merancang operasi perniagaan yang baharu samada melibatkan pembukaan semula perniagaan (reopen) atau baru merancang untuk membuka perniagaan (start-up).

“Ini kerana dijangkakan pada fasa ketiga pelan ini, iaitu bermula September dan Oktober 2021, semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi dengan tertakluk kepada SOP (prosedur operasi standard) dan had kapasiti,” katanya kepada Edisi 9 hari ini.

Mas Ermieyati yang menyambut baik Pelan Pemulihan Negara itu berkata, kajian MEDAC itu akan dijalankan bermula semalam sehingga 28 Jun ini.

Baca juga:   Mas Ermieyati calon Ketua Menteri Melaka dari PN?

Semalam, Perdana Menteri ketika mengumumkan pelan tersebut berkata, apabila mencapai fasa ketiga, semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19.

“Kita boleh beralih kepada Fasa Ketiga sekiranya kita berjaya mencapai nilai ambang atau threshold berikut, iaitu purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 2,000 kes, sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi dan 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin,” kata beliau.

Baca juga:   MEDAC, agensi beri moratorium, bantuan bersasar kepada PKS

Mas Ermieyati berkata, segala usaha tersebut bagaimanapun dapat dicapai dengan lebih cepat sekiranya semua pihak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sama-sama kita berdoa agar kita boleh keluar daripada kemelut ini dengan lebih cepat seterusnya membuka sektor ekonomi lebih awal daripada jangkaan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, pelan pemulihan ini bergantung juga kepada tiga nilai ambang utama sebagai petunjuk.

Indikator itu ialah purata kes jangkitan Covid-19 harian yang menurun, penggunaan katil ICU pada kadar minimum dan bilangan rakyat Malaysia yang telah divaksin bagi mencapai imuniti kelompok.

“Justeru Saya menyeru agar rakyat Malaysia membuat pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi membolehkan negara mencapai 26 juta penduduk divaksin,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   MARA peruntuk RM20 juta program keusahawanan di Kedah

Wartawan

Terkini

Sokong pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura

PRESDIEN Singapura Halimah Yacob memaklumkan akan menyokong saranan untuk mengadakan pertukaran yang lebih besar antara pergerakan Pandu Puteri negaranya...

Lagi Artikel Berkaitan