25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 29, 2021

Malaysia Airports tegas bantah cadangan jual LTSAAS

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengulangi pendirian agar kerajaan membatalkan hasrat untuk menswastakan dan mengeluarkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) bagi tujuan pengambilalihan oleh pihak tertentu.

Beliau juga menekankan bahawa pelan Regenerasi LTSAAS yang dikemukakan oleh pihaknya adalah sebahagian daripada kerangka besar perancangan masa depan kerajaan ke arah industri penerbangan dan aeroangkasa negara iaitu Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (PSLTK) dan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Kebangsaan 2030.

“Ini merupakan kenyataan saya kali ketiga yang membantah langkah penjualan LTSAAS.

“Justeru tidak timbul perkara yang dimainkan oleh kalangan tertentu bahawa saya tidak pernah bersama dengan Malaysia Airports dan Kesatuan Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Semenanjung, Sabah dan Labuan serta Sarawak (KESMA, KEPEMAB dan KEPMAS) dalam usaha menyelamatkan LTSAAS dan kedudukan syarikat secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Zambry berkata, beliau menghormati pendirian KESMA, KEPEMAB dan KEPMAS kerana mereka mewakili suara warga Malaysia Airports.

Baca juga:   Pengambilan one-off selesai isu kurang guru - CUEPACS

Beliau masih menaruh harapan agar kerajaan mendengar pandangan rakyat dan rintihan warga Malaysia Airports agar LTSAAS tidak dijual.

“LTSAAS adalah aset strategik negara yang perlu dipertahankan,” tegasnya.

Pada 24 Mei lalu, Persatuan Pengguna-Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM) bimbang dengan ura-ura pengambilalihan LTSAAS Subang oleh sebuah syarikat seperti yang dilaporkan secara meluas oleh media massa.

Baca juga:   Saya tahu rakyat marah, tapi kerajaan tiada pilihan – Ismail Sabri

Menurut beliau, sebuah entiti yang tidak berpengalaman tidak sepatutnya dibenarkan mengendalikan sebuah lapangan terbang.

“Pengambilalihan lapangan terbang adalah isu yang serius dan mempunyai banyak kesan yang merumitkan, melibatkan keselamatan penumpang, pematuhan piawaian antarabangsa, peraturan yang ketat, penguatkuasaan dan nyawa manusia.

“Sikap berdiam diri kerajaan adalah mengejutkan dan Menteri Pengangkutan mesti memberi maklum balas terhadap isu ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ajit menambah, Malaysia Airports mempunyai tanggungjawab nasional dalam memastikan semua 49 lapangan terbang di bawah kendaliannya beroperasi.

Beliau memberitahu, 4PAM difahamkan bahawa tidak semua lapangan terbang mampu menjana keuntungan.

Ajit berkata, sektor penerbangan dijangka tidak akan pulih sehingga 2025 justeru, membangkitkan persoalan bagaimanakah sebuah pengendali lapangan terbang tunggal mampu memberi subsidi.

Sehubungan itu, beliau berkata, 4PAM mencadangkan agar Malaysia Airports dikekalkan sebagai pengendali lapangan terbang di negara ini. – EDISI 9

Baca juga:   Saya tahu rakyat marah, tapi kerajaan tiada pilihan – Ismail Sabri

Terkini

Kos penyediaan RMK-12 kecil sahaja, bukan RM2 bilion

CYBERJAYA - Kerajaan tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sepertimana didakwa...

Lagi Artikel Berkaitan