30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Laporan KKM beli 500 ambulans disalah tafsir – KSU

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyifatkan laporan bahawa kementerian telah membuat pembelian 500 unit ambulans Negative Pressure Ambulance yang tular dalam media sosial telah disalah tafsir.

Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd Shafiq Abdullah dalam kenyataan berkata, Menteri Kesihatan Datuk Dr. Adham Baba pada 19 Jun lalu tidak menyebutkan pun kesemua 500 ambulans itu bercirikan Negative Pressure Ambulance seperti mana dilapor oleh pihak tertentu. 

“Menteri hanya kata kita akan mulakan tender 500 ambulans ini dan bagi ambulans lain kita akan gunakan sistem leasing (penyewaan) mengikut zon agar isu logistik pesakit Covid-19 di mana-mana jua dapat diatasi,” katanya.

Advertisements

Beliau menegaskan,  KKM melihat keperluan ciri-ciri Negative Pressure Ambulance tersebut bagi melawan pandemik Covid-19 pada masa ini dan di masa hadapan. 

“Ciri-ciri ini mempunyai sistem tekanan negatif, penapisan HEPA dan lampu UV khusus untuk kes penyakit berjangkit terutamanya jenis penyakit bawaan udara,” katanya.

Dr. Sha’ari berkata, pada 17 lalu, KKM telah mengiklankan tawaran tender untuk perolehan 490  jenis ambulans bersama kelengkapan peralatan perubatan bagi kegunaan hospital dan klinik di seluruh negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan