26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Kapal pengawal pantai China ceroboh perairan Malaysia

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebuah kapal pengawal pantai China telah dikesan mencerobohi perairan Malaysia dekat Beting Patinggi Ali, kira-kira 84 batu nautikal dari pantai Miri, Sarawak.

Memetik laporan The Borneo Post, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri, Kepten Md Fauzi Othman berkata, laporan tentang insiden tersebut diterima pada 4 Jun lalu.

“Ya, saya boleh mengesahkan bahawa kami telah menerima laporan tentang kapal pengawal pantai China memasuki perairan negara pada 4 Jun.

“Aset-aset kami termasuk daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang memantau situasi tersebut dengan rapat,” katanya.

Beliau menambah, aset-aset berkenaan ditempatkan berdekatan Beting Patinggi Ali sepanjang tahun bagi menjaga kedaulatan negara.

Sejak beberapa tahun lalu, nelayan tempatan telah melaporkan mereka melihat kapal-kapal peronda pantai China di Beting Patinggi Ali yang merupakan terumbu karang terbesar di Laut China Selatan.

Pada 31 Mei lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Wilayah Maklumat Penerbangan Kota Kinabalu (KK FIR) dan menghampiri ruang udara negara semalam.

Advertisements

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, penerbangan pesawat-pesawat Tentera Udara China tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada pukul 11.53 pagi.

Menurut beliau, pesawat- pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain.

“Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.

“Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara,” katanya.

Ackbal memberitahu, pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knot melalui FIR Singapura sebelum memasuki ruang udara ZMM, KK FIR dan seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Beliau menambah, TUDM telah meletakkan pesawat Hawk 208 daripada No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan di dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan