32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

PM mahu MySPC beri perlindungan lebih menyeluruh

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) memberi penekanan kepada keperluan Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS) merentas agensi yang meliputi elemen pekerjaan, insurans dan bantuan sosial.

Kata beliau, pangkalan data ini bakal menjadi rujukan tunggal program dan profil perlindungan sosial negara.

“Ini bertepatan dengan hasrat saya yang mahu satu pendekatan baharu yang lebih berkesan dalam menyediakan liputan perlindungan sosial lebih menyeluruh terutamanya kepada kumpulan rentan dapat disediakan,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata, rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 serta kelompok yang tidak diliputi oleh mana-mana jaringan keselamatan sosial negara seperti mereka yang berada dalam sektor tidak formal dan persendirian perlu dikenal pasti keperluan masing-masing agar bantuan segera yang bertepatan dapat diberikan.

“Dengan jaringan keselamatan sosial negara diperkukuh dan diperluaskan melalui MySPC, saya yakin lebih banyak isi rumah kategori miskin atau miskin tegar dapat dibantu dan dilindungi,” katanya.

Beliau menegaskan, bantuan sosial yang diberikan tidak harus terhad kepada bantuan tunai atau pemberian bakul makanan sahaja sebaliknya, meliputi aspek mobiliti sosial serta nilai tambah yang boleh meningkatkan pendapatan mereka.

Muhyiddin yang hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama MySPC secara sidang video berkata, mesyuarat kali ini menumpukan kepada agenda peluasan dan pemantapan program jaringan keselamatan sosial negara.

Antaranya  kata beliau melalui cadangan penambahbaikan dan perluasan skim perlindungan oleh PERKESO kepada kelompok yang tidak diliputi oleh mana-mana jaringan keselamatan sosial

Perdana Menteri juga memaklumkan, MySPC yang ditubuhkan pada 2016 dan kali terakhir bermesyuarat pada Disember 2019, kini diaktifkan semula, bertujuan menyelaras agenda kesejahteraan sosial yang menyeluruh dan bersepadu khususnya agenda menangani kemiskinan.

MySPC dianggotai 15 kementerian, Ketua Setiausaha Negara, Gabenor Bank Negara dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri selaku urusetia. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan