31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tular lelaki Bangladesh culik kanak-kanak tak benar

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kisah seorang kanak-kanak perempuan kononnya diculik oleh dua lelaki warga Bangladesh seperti yang tular dalam sebuah portal sensasi adalah tidak benar.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara telah melihat satu terbitan dalam laman sosial yang dikeluarkan oleh Oh! Media tentang kes penculikan melibatkan dua lelaki warga Bangladesh dan seorang kanak-kanak bawah umur.

“Pihak polis mengesahkan tiada kes culik seperti yang telah ditularkan.

“Pada 5 Mei lalu, remaja berkenaan telah keluar bersama dua lelaki warga Bangladesh yang merupakan rakan ibunya untuk membeli barang.

“Polis juga mengesahkan remaja tersebut kini berada bersama keluarganya,” katanya.

Nurulhuda menambah, siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau memberitahu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman atau kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan akan diambil ke atas individu yang menyebarkan perkara tidak benar di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan