31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pecah rekod! 4,498 Kes baru Covid-19, Selangor tertinggi

Mesti Baca


CYBERJAYA – Apakah kes baru Covid-19 akan mencecah lebih 5,000 menjelang Aidilfitri minggu depan?

Ia berikutan terbaru pandemik itu hari ini mencatatkan angka membimbangkan iaitu sebanyak 4,498 kes.

Kementerian Kesihatan menerusi Twitter memaklumkan, ia merupakan pertambahan hampir 1,000 kes berbanding semalam.

Selangor terus mendahului jumlah kes tertinggi dengan 1,424 kes diikuti Sarawak dengan 750 kes dan Kuala Lumpur dengan 436 kes.

Kes-kes di negeri lain Johor (327 kes), Pulau Pinang (313 kes), Kelantan (297 kes), Kedah (209 kes),Negeri Sembilan (188 kes), Sabah (153 kes), Perak (148 kes), Terengganu (87 kes), Pahang (78 kes), Melaka (74 kes), Putrajaya (8 kes), Perlis (4 kes) dan Labuan (2 kes).

Walaupun sebelum ini kebimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa kes boleh mencecah lebih 5,000 selepas Aidilfitiri tetapi kini menjelang seminggu perayaan tersebut kes baru semakin menghampiri angka berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lebih 500 orang kini ditempatkan dalam unit rawatan rapi (ICU) pelbagai hospital kerana mengalami masalah kesihatan berkaitan Covid-19.

Katanya, kemasukan 506 kes itu merupakan rekod tertinggi yang dicatatkan sejak Covid-19 melanda negara ini.

Daripada jumlah itu kata beliau 295 kes kini memerlukan bantuan alat pernafasan dan ia juga suatu jumlah paling ramai direkodkan setakat ini.

Angka yang dicatatkan itu katanya membabitkan kes yang sudah disahkan positif, disyaki dan berkemungkinan positif.

Data itu sedikit berbeza daripada maklumat harian terkini yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia yang melaporkan hanya kes yang sudah disahkan positif Covid-19.

Noor Hisham memberitahu, kemasukan kes kritikal ke ICU di seluruh negara itu meningkat sebanyak 44 peratus berbanding tempoh dua minggu lalu.

Daripada jumlah itu katanya Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak menunjukkan kadar peningkatan yang lebih tinggi berbanding negeri lain.

“Sebanyak 22 hospital Covid-19 mencatatkan kadar penggunaan katil ICU melebihi 70 peratus malah ada yang mencecah lebih 90 peratus.

‘’Hospital bukan Covid-19 juga terpaksa merawat pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan alat pernafasan kerana pesakit ini tidak dapat dipindahkan ke hospital Covid-19 akibat kesesakan wad ICU. Ada juga pesakit yang terpaksa diberi bantuan alat pernafasan di wad-wad biasa,” katanya.

Beliau menegaskan, ketika musim perayaan menjelang dan liputan vaksinasi yang belum meluas serta kepadatan penduduk di sesetengah kawasan, ada kemungkinan hospital akan terus berdepan dengan peningkatan kes Covid-19 khususnya pesakit dengan gejala serius melibatkan golongan rentan seperti warga emas dan mereka yang memang ada masalah kesihatan.

“Bilangan kes harian juga masih tinggi dan belum menunjukkan sebarang penurunan dalam jangka masa terdekat. Pada hari ini sahaja, negara mencatat 4,498 kes baru.

“Justeru saya menyeru orang ramai untuk terus mematuhi SOP dan daftar segera sebagai penerima vaksin,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan