25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Konstabel ditemui mati akibat tembakan, 3 anggota polis direman

Mesti Baca


CYBERJAYA – Tiga anggota polis ditahan reman hingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan kes seorang konstabel yang mati tertembak oleh rakan sekerja, di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Taman Permai petang semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Syukri Mokhtar, di Mahkamah Majistret Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata ketiga-tiga mereka yang berusia 21, 23 dan 27 tahun merupakan rakan serumah.

Jenazah mangsa akan dihantar pulang ke kampung halamannya di Pahang selepas semua urusan di Sibu selesai, katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam semalam, anggota Unit Rondaan Bermotosikal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu Konstabel Norhalim Tumiran, 25, ditemukan maut dengan kesan tembakan di kepala di rumah berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang tinggal di rumah transit di IPD Sibu, datang ke rumah sewa yang didiami rakan setugasnya itu untuk bermain permainan komputer sebelum waktu berbuka.

Bagaimanapun, seorang rakan mangsa dikatakan bergurau dengan mengacukan pistol ke arah mangsa sebelum tertarik picu dan tertembak mangsa.

Mangsa yang baru sebulan setengah ditugaskan di sini selepas menamatkan latihan asas kepolisan, meninggalkan seorang isteri dan seorang anak berusia setahun.

Kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, polis menahan tiga anggotanya di Sibu hari ini bagi membantu siasatan terhadap rakan serumah mereka yang ditemui mati dengan kesan tembakan semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail mengesahkan tangkapan tersebut.

“Ya, kita buat tangkapan tiga orang yang berada di rumah itu. Tiga orang anggota (polis) yang sama tinggal, ada di rumah tersebut. Kita reman dan lakukan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita tidak tahu yang mana satu suspek jadi kita reman ketiga-tiga untuk siasatan. Kita sedang buat siasatan dan berdasarkan tangkapan itu kita akan rekod (keterangan) dan juga buat siasatan siapa yang menembak,” katanya.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan