32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 24, 2021

PKP: 2.8 juta pekerja informal boleh hilang pendapatan – Zafrul

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebanyak 2.8 juta pekerja informal berisiko tinggi hilang punca pendapatan jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan secara menyeluruh, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz

Jika sektor ekonomi ditutup, bilangan rakyat yang menggangur dijangka mencecah satu juta, katanya dalam satu sidang media hari ini, yang akan memberi impak kepada 4 juta rakyat berdasarkan purata 4 orang bagi setiap keluarga.

“Kesan PKP menyeluruh akan lebih dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan pekerja sektor informal. Kita juga perlu ingat bahawa sektor pembuatan dan perkilangan juga menggaji ramai rakyat Malaysia yang berpendapadatan rendah,” katanya.

Dengan situasi seperti ini, PKP secara menyeluruh bukan sahaja akan meningkatan pengangguran tetapi juga mendatangkan kemudaratan kepada rakyat termasuk impak sosial yang akan mengambil masa yang lama untuk diperbaiki.

Tengku Zafrul berkata, semasa PKP 1.0, 68 peratus perniagaan melaporkan tiada jualan/hasil semasa, 42.5 peratus perniagaan memerlukan lebih daripada enam bulan untuk pulih dan dua daripada tiga perniagaan mempunyai atau akan menanggung tunggakan hutang dalam tempoh enam bulan.

Baca juga:   Siasatan lelaki dituduh cuba bersetubuh luar tabii diteruskan

Oleh itu, jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengimbangi antara melindungi nyawa dan kesejahteraan rakyat adalah secara PKP yang bersasar dan dipeketatkan dan bukan PKP secara menyeluruh, jelas beliau.

Tambahan pula, kerajaan komited untuk meneruskan pelbagai bantuan bersasar bagi membantu individu dan perniagaan yang terjejas. Pelbagai bantuan terus disalurkan sepanjang tahun ini.

Baca juga:   Kami Care Helpline Astro Radio bantu rakyat Malaysia

Di antaranya, kerajaan telah menyalurkan RM4.68 bilion dibawah Bantuan Prihatin Rakyat yang memanfaatkan 8.4 juta penerima B40.

Program peningkatan kemahiran dan bakat pula memberi peluang pekerjaan bagi 137,290 orang. Selain itu, subsidi upah membantu lebih daripada 330 ribu majikan dalam mengekalkan 2.7 juta pekerjaan

Bagi sektor perniagaan pula, masih terdapat dana pinjaman mudah untuk PKS sebanyak RM5.2 bilion daripada Bank Negara Malaysia dan kemudahan jaminan pinjaman berjumlah RM 39 bilion melalui Skim Jaminan Danajamin PRIHATIN.

Bagi PKS mikro, Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM0.9 bilion telah disalurkan dan selanjutnya, pada bulan Jun 2021, GKP3.0 sebanyak RM1 billion (atau RM1,000 kepada 1 juta PKS mikro) akan dibayar.

Bantuan bayaran balik bersasar pula daripada 1.6 juta permohonan, 95 peratus telah diluluskan. – Edisi 9

Baca juga:   52,000 ujian saringan di Selangor punca kes harian cecah 11,000

Terkini

Kes rasuah RM1.25 bilion: Rosmah gagal gugurkan Sri Ram

CYBERJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor hari ini gagal menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan...

Lagi Artikel Berkaitan