24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Neelofa, Haris disiasat dakwaan rentas negeri ke Nilai

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

NILAI – Selebriti kontroversi, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail tetap disiasat atas dakwaan melakukan kesalahan merentas negeri ke Nilai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman dalam kenyataan media, hari ini.

“Berhubung isu pergerakan rentas negeri ke Nilai, kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pada 21 Mei pukul 2.30 oetang untuk keputusan berkaitan dengan perkara itu, selaras dengan Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau menambah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai tidak mensensasikan fakta atau isu berkenaan kes tersebut.

Mohd Fazley memberitahu, PDRM turut menasihatkan orang ramai untuk terus kekal mematuhi PKP serta prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi memutuskan rangkaian jangkitan pandemik COVID-19.

Neelofa dan PU Haris berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabitkan melakukan kesalahan melanggar SOP PKPB.

Advertisements

Hukuman itu boleh dikenakan bagi setiap kesalahan yang dilakukan pasangan terbabit yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Seremban kelmarin kerana dituduh melakukan kesalahan melanggar SOP PKPB di sebuah kedai karpet di Nilai, 2 Mei lalu.

Walau bagaimanapun, Neelofa, 32, dan Muhammad Hari, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibaca di hadapan Majistret Mahyun Yusoff.

Muhammad Haris dituduh melakukan dua kesalahan berkaitan kegagalan mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, kira-kira pukul 4 petang 2 Mei lalu.

Neelofa pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

Mahkamah membenarkan Muhammad Haris diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan