25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

UMNO lancar Tabung Muafakat Palestin bantu mangsa serangan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sepertinya UMNO sedikit ‘tertinggal bas’ apabila baru melancarkan Tabung Muafakat Palestin ketika pergolakan di bumi Palestin itu reda ekoran gencatan senjata.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika mengumumkannya berkata, tabung yang mula dibuka semalam itu bagi membantu perjuangan rakyat Palestin yang berdepan kekejaman rejim Zionis Israel.

Beliau berkata, nama muafakat dipilih sebagai lambang pemuafakatan ahli UMNO dan rakyat Malaysia untuk membantu perjuangan Palestin yang berpanjangan berhadapan dengan penjajahan dan kezaliman rejim Israel.

“Presiden UMNO menyebut ‘Bersamalah kita menderma untuk perjuangan, kebajikan, pendidikan, pembangunan dan pemuafakatan rakyat Palestin’.

“Jika tidak banyak, maka berdermalah seberapa ikhlas yang anda mampu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

AHMAD MASLAN

Ahmad berkata, Tabung Muafakat Palestin dikendalikan oleh ibu pejabat UMNO Malaysia dan parti itu bertanggungjawab untuk menyampaikan derma berkenaan untuk manfaat rakyat Palestin.

Rejim Zionis mula melancarkan serangan terbaharu terhadap rakyat Palestin bermula di Baitulmuqaddis Timur pada 7 Mei lalu sebelum merebak dengan serangan udara ke semenanjung Gaza.

Advertisements

Pergolakan wilayah itu semakin memuncak apabila para pejuang Hamas dan bridget Al-Qassam melancarkan serangan balas terhadap Israel.

Bagaimanapun, selepas kira-kira 10 hari pergolakan berlaku kedua-dua pihak iaitu Hamas dan rejim Zionis bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata, hasil usaha Mesir.

Usaha UMNO tersebut dilihat sedikit terlambat berbanding parti-parti lain terutama Pas yang telah melancarkan tabung Palestin sejak hari pertama serangan dilakukan.

Malah beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan artis tempatan juga awal-awal menubuhkan tabung bantuan masing-masing.

Sehingga kini Tabung Kemanusiaan PASRelief Palestin berjaya mengumpulkan sebanyak RM12.1 juta manakala sebuah NGO dianggotai para selebriti dinamakan My Aqsa Defenders (MAD) telah mengumpul hampir RM18 juta.

Bagaimanapun, usaha UMNO tersebut tetap dianggap murni, bak kata pepatah Inggeris, ‘better late than never‘.

Ahli-ahli UMNO serta orang ramai yang mahu menyumbang untuk Tabung Muafakat Palestin boleh melakukannya melalui akaun CIMB Islamic (8604-7505-23). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan