24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pintasan Saloma guna tema cahaya warna bendera Palestin

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menetapkan tema pencahayaan Pintasan Saloma dengan warna hijau, merah dan putih.

PKB berkata, langkah itu sebagai tanda solidariti bersama Palestin selepas serangan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin selama 11 hari bermula 10 Mei lepas sehingga 21 Mei 2021.

Menurut perbadanan itu, penetapan tema warna bendera Palestin ini sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin yang terkesan teruk dengan keganasan rejim Zionis Israel.

“Kempen pencahayaan bendera Palestin di Pintasan Saloma bermula hari ini 22 hingga 28 Mei 2021 selama seminggu dari pukul 7 malam hingga 12 malam.

“Pintasan Saloma bukan sahaja menjadi ikon pelancongan baharu dan lokasi mercu tanda pencahayaan, malahan Pintasan Saloma juga menjadi medium penyampaian mesej keamanan peringkat Malaysia dan dunia,” kata PKB dalam kenyataan media, hari ini.

Advertisements
Gambar: Facebook Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

Mercu tanda itu adalah sebuah jambatan gabungan pejalan kaki dan pengayuh basikal sepanjang 370 meter menyeberangi Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Sungai Klang.

Mercu tanda Kuala Lumpur itu dihiasi dengan lampu LED yang bertukar warna sepanjang malam.

Konsep seni bina jambatan itu diilhamkan oleh konsep sireh junjung, yang merupakan sebahagian daripada elemen dalam majlis perkahwinan Melayu.

Nama jambatan itu adalah bersempena Biduanita Puan Sri Saloma atau nama sebenarnya, Salmah Ismail. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan