29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pendapatan UOB Malaysia naik 3.7% kepada RM3.2 bilion

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – United Overseas Bank (UOB) Malaysia mencatat peningkatan 3.7 peratus tahun ke tahun dalam jumlah pendapatan operasi kepada RM3.21 bilion pada 2020.

Keuntungan bersih adalah 16.8 peratus lebih rendah pada RM1.02 bilion berikutan langkah proaktif institusi kewangan itu melakukan peruntukan awal ke atas aset akibat ketidakpastian yang timbul daripada kesan ekonomi susulan pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Wong Kim Choong berkata, pendapatan operasi pihaknya lebih tinggi disebabkan oleh pertumbuhan 5.7 peratus dalam pendapatan faedah bersih kepada RM2.20 bilion, didorong oleh pengurusan penyata imbangan yang proaktif.

Namun, menurut beliau, kenaikan dalam pendapatan faedah bersih sebahagiannya diimbangi oleh kesan penurunan Kadar Dasar Semalaman ke paras terendah sebanyak 1.75 peratus antara 22 Januari dan 7 Julai 2020.

“Walaupun pendapatan perdagangan dan pelaburan untuk tahun ini telah meningkat, pendapatan fi yang lebih rendah serta keuntungan dalam pertukaran asing bersih membawa kepada penurunan dalam pendapatan bukan faedah sebanyak 3.5 peratus kepada RM938.8 juta.

WONG KIM CHOONG

“Keuntungan bank juga terjejas apabila pertumbuhan dalam pendapatan operasi sebahagiannya telah diimbangi oleh kenaikan peruntukan daripada peruntukan awalan yang dilakukan untuk jangkaan kerugian kredit bagi aset terjejas dan tidak terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kim Choong berkata, peruntukan yang dilakukan ini adalah RM356.1 juta lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, sebahagian besarnya untuk jangkaan kerugian yang dikategorikan sebagai Tahap 1 (dalam tempoh 12 bulan akan datang) dan Tahap 2 (tempoh masa tidak tentu) ke atas portfolio pinjaman, pendahuluan dan pembiayaan.

Walau bagaimanapun, katanya, pihak bank mengekalkan kualiti aset yang kukuh dengan nisbah pinjaman tidak berbayar bersih kekal pada 1.4 peratus.

“Kami juga kekal teguh dalam menyokong pelanggan terjejas dalam menangani cabaran kewangan. Selain langkah-langkah bantuan COVID-19, termasuk moratorium pinjaman untuk pelanggan perniagaan dan individu, bank dengan aktifnya membantu pelanggan menguruskan kesejahteraan kewangan mereka.

“Selepas tempoh moratorium berakhir pada 30 September 2020, kami melanjutkan lagi bantuan pembayaran balik yang disasarkan sehingga 30 Jun 2021 bagi membantu pelanggan muncul lebih kuat daripada krisis,” katanya.

Kim Choong berkata, walaupun dengan sumber daya yang ditujukan kepada usaha membantu pelanggan menangani krisis, UOB Malaysia tetap fokus pada keutamaan strategiknya, iaitu memanfaatkan pemacu pertumbuhan serantau dan mengukuhkan infrastruktur teknologi untuk mendorong inovasi dan prestasi.

“Bank juga terus melabur dalam pembangunan profesional bagi tenaga insannya selain meningkatkan keupayaan untuk menjadikan perbankan lebih mudah, lebih pintar dan lebih selamat.

“Kami akan terus mengutamakan pelanggan dalam segala yang kami lakukan. Kami akan memanfaatkan kepakaran dan rangkaian serantau untuk menawarkan penyelesaian yang relevan dan khusus melalui perbankan konvensional dan Islam.

“Selain itu, kami akan kekal berhemat dan berdisiplin dalam membina masa depan yang mampan dengan pihak berkepentingan,” kata beliau. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan