24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KSN ambil tanggungjawab isu langgar SOP majlis PUSPANITA

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali mengambil tanggungjawab sekiranya terdapat isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa majlis penyampaian sumbangan hari raya PUSPANITA, semalam.

Mohd Zuki berkata, pihak penganjur telah dimaklumkan berkaitan perkara itu dan tindakan sewajarnya akan dilaksanakan.

Menurut beliau, sesi ringkas secara simbolik itu merupakan sesi pemberian sumbangan beliau selaku Penasihat PUSPANITA kepada staf pertubuhan tersebut seramai sembilan orang yang berlangsung selama 10 minit.

“Sesi ini diadakan pada 11 Mei iaitu sehari sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara pada 12 Mei di Putrajaya yang merupakan wilayah di bawah penguatkuasaan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan).

“Pelaksanaan SOP PKPP sebelum 10 Mei telah membenarkan penganjuran majlis sosial dengan pematuhan SOP yang ketat,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

Penganjuran Majlis Salam Raya Aidilfitri PUSPANITA Kebangsaan yang dihadiri Mohd Zuki mencetuskan persoalan mengenai pelanggaran SOP yang diumumkan oleh kerajaan pada Isnin.

Advertisements

Perkara itu timbul selepas beliau didapati memuat naik gambar kehadirannya pada majlis yang berlangsung di Putrajaya itu menerusi laman Facebook rasminya.

Dalam hantaran tersebut, beliau berkata, kehadirannya pada majlis tersebut adalah untuk menyampaikan sumbangan raya kepada ahli PUSPANITA.

“Pagi ini saya meluangkan masa menghadiri Majlis Salam Raya Aidilfitri PUSPANITA Kebangsaan dan menyampaikan sumbangan raya kepada ahli PUSPANITA di Puspanitapuri yang turut dihadiri Puan Sri Norizam Che Mohd Nor, Yang DiPertua PUSPANITA.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua ahli PUSPANITA,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Edisi 9 mendapati hantaran tersebut sudah pun dipadamkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan