26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 18, 2021

Kes baharu naik mendadak, Selangor kena PKP menyeluruh?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh mungkin dikuatkuasakan di Selangor berikutan situasi COVID-19 yang melebihi 1,000 kes jangkitan positif baharu di negeri berkenaan ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kementeriannya akan mengemukakan cadangan pelaksanaan PKP di Selangor sekiranya langkah-langkah sedia ada tidak dapat mengekang lonjakan kes baharu.

Beliau juga bersetuju agar prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dikuatkuasakan di Selangor.

“Ia juga membenarkan kita melaksanakan pengesanan kontak lebih cepat dan melaksanakan keseluruhan pencegahan dan kawalan kesihatan awam.

“Namun saya bersetuju bahawa kita perlu mencadangkan kepada kerajaan supaya SOP lebih ketat dilaksanakan.

“Jika membabitkan ketidakupayaan mengekang jangkitan, maka cadangan pelaksanaan PKP penuh boleh dipertimbangkan,” katanya dalam sidang media mingguan secara maya, hari ini.

PKP Selangor

Dr Adham berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah yang bakal diambil kerajaan berikutan peningkatan mendadak kes harian COVID-19 di Selangor sejak kebelakangan ini.

Baca juga:   Kelas Digital Mahir Tutor untuk pelajar SPM Wilayah Persekutuan

Beliau menambah, pelaksanaan PKP di seluruh negara ketika ini membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan lebih banyak ujian dan pengasingan serta merawat kes positif selain kerjasama kerajaan negeri untuk mengendali ujian RTK-Antigen di kawasan yang mempunyai kaitan epidemiologi yang tinggi.

PKP Selangor

Dalam perkembangan berkaitan, statistik yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan Selangor masih kekal sebagai negeri yang mempunyai kes positif baharu tertinggi di seluruh negara hari ini.

Baca juga:   Pelakon kelahiran Malaysia kritikal akibat Covid-19 di Indonesia

Selangor mencatatkan sebanyak 1,650 kes baharu hari ini diikuti Sarawak (433 kes), Johor (391 kes), Kelantan (343 kes), Kuala Lumpur (297 kes), Negeri Sembilan (243 kes), Kedah (236 kes), Perak (203 kes), Terengganu (201 kes), Pulau Pinang (159 kes) dan Pahang (139 kes).

Melaka mencatatkan sebanyak 60 kes jangkitan baharu manakala Sabah pula sebanyak 60 kes.

Hanya Perlis dan Labuan yang tidak mencatatkan sebarang kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini.

Secara keseluruhan sebanyak 4,446 kes jangkitan positif baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara hari ini. – EDISI 9

Baca juga:   PN, BN, PBS bertembung sesama sendiri, PCS bersendirian

Terkini

Harga ayam mahal, KPDNHEP sahkan tiada pembabitan kartel

CYBERJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tiada pembabitan pihak kartel disebalik kenaikan harga...

Lagi Artikel Berkaitan