31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

Hindari lokasi, premis yang berada dalam senarai HIDE – Khairy

Mesti Baca

CYBERJAYA – Orang ramai dinasihat untuk menangguhkan kunjungan ke lokasi atau premis yang disenaraikan di bawah Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, jika perlu mengunjungi lokasi atau premis berkenaan, mereka diminta mematuhi garis panduan yang ditetapkan serta sentia mengamalkan budaya norma baharu.

Menurut beliau, HIDE boleh dijadikan panduan kepada pemilik atau pengusaha premis untuk mengambil langkah proaktif bagi mencegah dan melindungi premis masing-masing daripada menjadi pusat penularan Covid-19.

“Analisis HIDE di bawah kendalian Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat ramalan ke atas premis-premis yang berpotensi menjadi lokasi titik panas penularan Covid-19 dalam tempoh tujuh hari berdasarkan pemantauan yang dilakukan.

“Penyenaraian lokasi serta premis ini amat penting dan wajar dilakukan memandangkan bilangan kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan setiap hari berada pada tahap yang sangat membimbangkan,” kata Khairy dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   7,289 kes baharu! Lonjakan penularan sudah dijangka

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, dalam tempoh tujuh hari yang lalu, sebanyak 23,712 kes baharu positif Covid-19 telah dicatatkan.

Manakala kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapai (ICU) pula, tambah beliau, telah meningkat sebanyak 21 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Baca juga:   Dakwaan pelajar sekolah positif Covid-19, KKM tunggu ujian

“Antara intervensi awal yang dilakukan adalah menghantar notifikasi kontak kasual menerusi aplikasi MySejahtera, kawalan pergerakan pengunjung/pelawat dengan ketat.

“Menghalang kemasukan pengunjung/pelawat dengan status berisiko tinggi seperti yang terpapar dalam aplikasi MySejahtera; mewujudkan sistem gelembung tempat kerja dan susunan bekerja dari rumah, serta melakukan ujian saringan secara massa ke atas pekerja,” katanya.

Senari lokasi atau premis yang diletak di bawah HIDE adalah seperti berikut:

Wartawan

Terkini

13 kontena di Northport Pelabuhan Klang musnah

SEBANYAK 13 buah kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran dekat Northport, Jalan Pelabuhan Utara...

Lagi Artikel Berkaitan