25 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 20, 2021

Fara Fauzana cari pemilik laman Facebook ‘Fara Fauzana’

Must Read

CYBERJAYA – Penyampai radio, pengacara TV dan pelakon, Fara Fauzana meminta kalangan netizen mengesan pemilik akaun laman Facebook (FB) ‘Fara Fauzana’ kerana ia bukan akaun miliknya.

Menerusi ciapannya di twitter, Fara Fauzana berkata, laman Facebook itu yang mempunyai lebih 100,000 pengikut menggunakan namanya tanpa kebenaran.

Lebih mendukacitakannya, laman Facebook itu berkongsi laporan berita berkaitan artis dan isu semasa termasuk hal-hal peribadi artis-artis tertentu.

“Minta tolong boleh? Macam mana nak tahu siapa yang handle (jaga) akaun FB FARA FAUZANA ni? Ini bukan FB saya tetapi dah sampai lebih 100,000 followers.

“Aktif sangat berkongsikan cerita yang tak betul dan tak manis dengan menggunakan nama saya. Maaf kalau saya mengganggu timeline anda.

“Dah banyak kali saya report di FB tetapi tetap kongsikan cerita-cerita yang tak sahih dan mencurigakan. Itu tak kira cerita dalam kelambu dan kaitkan saya dlm post tu,” ciap beliau, semalam.

FARA FAUZANA – Sumber: IG TheRealFafau

Laman Facebook menggunakan nama @TheFaFau, gambar profail penyampai radio tersebut dan mengaku diuruskan oleh FAFAU Sdn Bhd.

Kandungan Facebook tersebut kebanyakannya memaparkan perkongsian laporan berita sebuah portal berita hiburan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pengendali portal berita tersebut juga mengendalikan laman Facebook ‘Fara Fauzana’ tersebut.

Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil berkata, akaun Facebook miliknya adalah ‘Realfafau’ yang kini mempunyai 215,000 pengikut.

Beliau turut mempelawa pemilik akaun palsunya itu berbincang untuk bekerjasama jika berminat sebelum laporan kepada pihak berkuasa diambil

“Kalau minat dan nak bekerjasama, bagitahu. Meh borak sebelum saya borak dengan polis,” katanya bekas pengacara radio HotFM dan EraFM tersebut. – Edisi 9

Latest News

Perancah besi di Lebuh Raya DASH jatuh, dua pekerja cedera

CYBERJAYA - Dua pekerja pembinaan dipercayai cedera selepas perancah besi atau ‘scaffolding’ lebuh raya yang sedang dalam pembinaan runtuh...

More Articles Like This