36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bersyukur dapat sambut Aidilfitri dalam keadaan tenang – PM

Mesti Baca


CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau amat bersyukur kerana umat Islam di Malaysia masih dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan tenang tanpa ada pergolakan.

Perdana Menteri berkata, mereka masih boleh bersama keluarga terdekat dan boleh berhubung dengan yang jauh menerusi telefon.

“Marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat sebagai warga bumi bertuah ini tatkala negara lain dan dunia diuji dengan ujian yang amat getir.

“Semoga Allah SWT memakbulkan doa kita untuk melihat rantaian Covid-19 ini diputuskan secepat mungkin dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya melalui catatan dalam Facebook beliau.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau terkenang nasib rakyat Palestin yang pastinya tidak dapat meraikan Aidilfitri kerana kediaman mereka dibedil jet dan roket rejim Israel.

“Sungguh besar ujian yang terpaksa mereka tempuhi tatkala umat Islam yang lain sibuk merayakan Aidilfitri. Maka sama-samalah kita mendoakan agar Allah pelihara dan lindungi saudara kita di Palestin,” katanya.

Mengenai sambutan Aidilfitri, Perdana Menteri berkata, beliau berkesempatan menjadi imam solat sunat Aidilfitri di rumah bersama ahli keluarga dan pembantu rumah dalam suasana yang lain daripada biasa.

Kata beliau, penularan wabak Covid-19 dan kewujudan varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi telah membantutkan aktiviti dan rutin harian umat Islam yang berkehendakkan mereka menyambut Aidilfitri tidak seperti kelaziman.

“Tahun ini, sekali lagi kita terpaksa menyambut Aidilfitri di rumah sendiri seperti tahun lalu. Sudah pasti saya seperti ibu bapa yang lain merasa sedih pada pagi Syawal ini kerana tidak dapat bersama anak-anak dan menantu serta cucu kerana mereka dari lain daerah walaupun berada di Kuala Lumpur.

“Sedih dan sayu juga apabila takbir raya tahun ini hanya disahut jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga, bukan seperti di masjid atau surau seperti mana sambutan sebelum wabak ini melanda negara. Saya akui memang amat sukar untuk menahan perasaan ketika bertakbir dengan hanya bertemankan beberapa makmum,” katanya. – Edisi 9

Muhyiddin berkata, sebagaimana orang lain, beliau juga menggunakan teknologi seperti zoom untuk berhubung, menatap wajah dan berkomunikasi dengan ahli keluarga yang lain.

‘’Lepas juga rindu biar pun tidak dapat bersama menyambut Aidilfitri yang mulia ini,’’ kata beliau.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan