25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Puad jawab tuduhan dikaitkan dengan perhimpunan di Parit Raja

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi menjawab tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan kejadian perhimpunan di Batu Pahat, Johor pada malam raya lalu.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku di Parit Raja, Batu Pahat iaitu dalam kawasan Parlimen Seri Gading, dan bukannya di bawah Parlimen Batu Pahat seperti dakwaan pihak berkenaan.

Berikut kenyataan Puad berhubung tuduhan tersebut sepertimana disiarkan dalam Facebooknya hari ini:

Ada individu yang cuba kaitkan saya dengan kejadian perhimpunan, bakar suar dan pamer kain rentang ‘Kerajaan Gagal’ di Parit Raja, Batu Pahat.

Mungkin, pertama kerana saya Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat. Kedua, kerana saya konsisten mengatakan kerajaan PM8 memang “Kerajaan Gagal”.

DR MOHD PUAD ZARKASHI

Perlu dijelaskan, Parit Raja berada dalam kawasan Parlimen Seri Gading bukan Parlimen Batu Pahat. Maka jangan tuduh semberono.

Sepatutnya yang perlu difikirkan kenapa di hari raya pertama rakyat sanggup buat perkara tersebut. Jangan fikir soal nak tangkap mereka sahaja.

Bukan itu sahaja, ada yang berhari raya di lebuh raya sambil tayang sepanduk “Kerajaan Gagal”.

Advertisements

Semoga PM8 berpijak di bumi nyata. Tahniah orang Pait Raja.

Sementara itu Bernama melaporkan, seorang lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan kes insiden merusuh di Parit Raja, Batu Pahat yang tular dalam laman sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata lelaki tempatan berumur 21 tahun itu ditahan ketika dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kejadian di Balai Polis Parit Raja, Batu Pahat, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Katanya, sebelum itu, polis telah dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ yang digantung di sebuah jejantas Jalan Parit Raja menuju ke Ayer Hitam pada jam 11.04 pagi semalam.

Ekoran daripada itu, beberapa anggota katanya telah pergi ke lokasi dimaksudkan dan mendapati kain rentang tersebut telah diturunkan oleh orang awam.

“Namun tidak lama selepas itu, polis menerima pula aduan tentang satu video perhimpunan, pembakaran suar dan kejadian menaikkan kain rentang yang tertulis ‘Kerajaan Gagal’ tanpa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Parit Raja dan dipercayai kain yang dinaikkan semasa perhimpunan berkenaan adalah kain rentang sama yang digantung di jejantas berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan