24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Covid-19: 4,113 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebanyak 4,113 kes Covid-19 direkodkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhannya kini sebanyak 462,190 kes.

Selangor masih berada pada kedudukan tertinggi pertambahan kes harian iaitu 1,269 kes dan seterusnya Sarawak, 533 kes dan Johor 335 kes.

Kelantan mencatatkan 371 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (306 kes, Pulau Pinang (266 kes), Kedah (228 kes), Pahang (178 kes), Terengganu (165 kes), Perak (147 kes), Negeri Sembilan (124 kes), Melaka (107 kes), Sabah (53 kes), WP Putrajaya (20 kes), WP Labuan (6 kes) dan Perlis (5 kes).

Kes kematian terus mencatatkan pertambahan sebanyak 34 lagi kes menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 1,822 kes.

Advertisements

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara semalam berada di tahap 1.14, dengan Perak mencatat Rt tertinggi pada 1.32.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau memaklumkan, Terengganu merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.29.

Turut dinyatakan ialah Kedah (1.22); Pulau Pinang (1.21); Melaka (1.18); Selangor dan Johor (masing-masing 1.17); Negeri Sembilan (1.12); Pahang (1.11) serta Kuala Lumpur (1.10).

Bagi negeri dan wilayah yang mencatat bacaan di bawah satu pula ialah Putrajaya (0.99); Sarawak (0.98); Kelantan (0.94) dan Sabah (0.89). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan