31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 23, 2022

Pecah rekod lagi! Semakin hampiri 5,000 kes baharu

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Dalam suasana sambutan Aidilfitri hari ini, jumlah kes jangkitan positif COVID-19 terus mencatatkan rekod baharu iaitu sebanyak 4,855 kes.

Rekod tertinggi sebelum ini dicatatkan semalam di mana sebanyak 4,765 kes baharu direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, secara kumulatif, sebanyak 458,077 kes positif COVID-19 dicatatkan sejak pandemik itu melanda negara.

Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 1,783 kes diikuti Kuala Lumpur (521), Johor (467), Sarawak (395), Pulau Pinang (395), Kelantan (339), Perak (302), Kedah (193), Terengganu (148), Negeri Sembilan (100), Sabah (76), Melaka (67), Pahang (56), Putrajaya (9), Labuan (4) dan Perlis (0).

“Terdapat 27 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lapan kes di Selangor, lima kes di Johor, tiga kes di Kelantan, masing-masing dua kes di Sabah, Kuala Lumpur, Sarawak, dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu kes di Perak, Pahang, dan Labuan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

rekod kes baharu

Daripada keseluruhan kes positif baharu, hanya tiga merupakan kes import manakala 4,852 kes adalah kes tempatan dengan melibatkan 4,494 warganegara dan 358 bukan warganegara.

Sebanyak 41,852 kes dilaporkan masih aktif ketika ini.

Baca juga:   Kes Natxo Insa dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib FAM

Sejumlah 481 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 247 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak lapan kluster baharu dikesan hari ini dan secara keseluruhan, sebanyak 1,848 kluster dikesan setakat ini.\

Baca juga:   Pas beri amaran kepada UMNO jangan adakan PRN lagi

Sejumlah 1,391 kluster telah tamat manakala 457 kluster masih aktif.

Butiran kluster baharu yang dikesan adalah seperti berikut:

Jalan Keretapi Lama, Kuala Selangor (tempat kerja)

Lima Jalan Kebun, Klang dan Kuala Langat (tempat kerja)

Jalan Tropika Industri, Johor Bahru (tempat kerja)

Jalan Suasa Industri, Johor Bahru (tempat kerja)

Jalan Chain Ferry, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara (tempat kerja)

Jalan Lilin, Miri dan Lawas (komuniti)

Kongsi Lapan, Tawau (komuniti)

Tanjung Rimau, Alor Gajah (keagamaan).

Sementara itu,Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia.

“Kementerian Kesihatan juga ingin merakamkan sekalung penghargaan khususnya kepada semua petugas barisan hadapan dan juga balik tabir termasuklah petugas kesihatan Kementerian Kesihatan dan sukarelawan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), dan pelbagai agensi lain yang komited memberikan perkhidmatan mereka semasa musim perayaan ini.

“Para petugas barisan hadapan dan juga balik tabir kini mengharapkan masyarakat dapat memainkan peranan masing-masing dalam memerangi wabak COVID-19.

Baca juga:   Saya masih PM sehingga dibuktikan sebaliknya - Muhyiddin

“Semoga dengan amalan norma baharu ini, kita dapat sama-sama membendung wabak COVID-19 di Malaysia sama ada semasa mahupun selepas musim perayaan,” jelasnya. – EDISI 9

Baca juga:   Saya masih PM sehingga dibuktikan sebaliknya - Muhyiddin

Terkini

Najib nafi kerajaan bakal berbelanja bilion bantu Sapura

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kerajaan bakal membelanjakan berbilion ringgit untuk melaksanakan cadangannya berkenaan penyelamatan...

Lagi Artikel Berkaitan