32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Perubatan swasta diminta henti iklan cari penerima vaksin

Mesti Baca

CYBERJAYA – Semua pengamal perubatan swasta diminta menghentikan serta-merta sebarang bentuk pengiklanan bagi mendapatkan senarai nama penerima vaksin Covid-19.

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) dalam satu kenyataan berkata, tindakan pengamal perubatan swasta itu yang mengiklan dalam media sosial dan khidmat pesanan ringkas itu adalah dilarang.

“ProtectHealth tidak menafikan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2 dan 3.

“Namun tindakan mendapatkan senarai nama penerima vaksin dengan mengiklan dalam media sosial mahupun aplikasi pesanan ringkas seperti WhatsApp adalah dilarang.

“Ia boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat,” kata kenyataan itu, semalam.

ProtectHealth merupakan agensi yang diperbadankan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melaksanakan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam PICK.

Advertisements

Tugas agensi itu termasuk mendaftarkan pengamal perubatan am swasta, aspek pembayaran, memberi manual dan memantau program imunisasi.

Kenyataan itu berkata, ProtectHealth menyedari terdapat beberapa pengamal perubatan swasta termasuk klinik persendirian mengiklan pemberian vaksin di klinik mereka.

Katanya, ia termasuk mengalu-alukan orang ramai bagi memberikan vaksin untuk dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin di klinik mereka.

Sebelum ini kerajaan telah membenarkan pengamal perubatan swasta terlibat dalam pemberian vaksin Covid-19 bagi mempercepatkan proses vaksinasi dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Ini selepas mendapat desakan pelbagai pihak agar klinik-klinik swasta dilibatkan dalam pemberian vaksin yang sebelum ini kelihatan lambat manakala kes jangkitan virus itu semakin meningkat.

Berikutan itu kerajaan telah membenarkan pengamal perubatan swasta melakukan vaksinasi kepada orang ramai untuk fasa kedua dan ketiga tetapi perlu melalui ProtectHealth. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sistem eDKK dinaik taraf menjadi sistem bersepadu ANAK – Nancy

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam proses menaik taraf Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak (eDKK)...

Lagi Artikel Berkaitan